Monday, July 16, 2007

Perjumpaan penduduk kali pertama 15.7.07


Meja Urusetia

















Antara penduduk yang hadir.















Diantara barisan AJK penaja















Pengerusi sedang memberi ucapan.






























Sunday, July 15, 2007

Pangsapuri Taman Puncak Kinrara fasa B merupakan sebuah apartmen kos sederhana 5 tingkat yang telah di bangunkan oleh YTL dan mula diduduki pada tahun 2002. Cadangan penubuhan persatuan ini dimulai pada tahun 2007 oleh penduduk setelah banyak berlaku kes-kes pecah rumah, kecurian kenderaan dan Maksiat.

Taklimat dan penubuhan ajk penaja telah diadakan pada perjumpaan penduduk yang pertama pada 15.7.07. Proses pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dibuat selepas itu dan pertubuhan telah diluluskan pada 31.1.2008 no daftar 0180-08-sel dengan nama PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK KINRARA TKK2/3 dengan menggunakan alamat pengerusi iaitu B3-01-04 Jalan TKK 2/3, Tmn Puncak Kinrara,47100 Puchong Selangor.



Tujuan/Matlamat

Didalam undang-undang pertubuhan fasa 4 adalah seperti berikut.

(1) Menyatukan penduduk yang tinggal di Pangsapuri Taman Puncak Kinrara TKK 2/3, Puchong Selangor.

(2) Mengawas keamanan dengan mewujudkan sesuatu langkah keselamatan yang perlu dengan kebenaran pihak tertentu.

(3) Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli pertubuhan.

(4) Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak kerajaan, swasta dan pemaju perumahan dalam menyelesaikan masalah berbangkit.

(5) Menerima sumbangan dan menjalankan aktiviti-aktiviti mengisi tabung Persatuan setelah mendapat persetujuan dalam mensyuarat.