Wednesday, August 25, 2010

MAKLUMAN TENTANG GUARD

Kawalan keselamatan/Guard akan diadakan semula bermula 1/9/2010.
1)Sebuah syarikat guard yg sama dengan guard rumah teres puncak kinrara dan kawasan perindustirian kinrara.
2)4 orang yang akan bertugas bersama seorang supervisor.
3)-Kutipan yuran akan dibuat sendiri oleh sekuriti atau penduduk boleh membayar sendiri di guard house.
4)-Bayaran yuran sebanyak rm30 sebulan.
5)-Mesyuarat AJK akan dibuat pada 30/8/10 pukul 10.30 malam di Restoran Dapur Kg.

Wednesday, August 18, 2010

Guard

Semalam 18-8-10, saya dan pengerusi telah berbincang dengan wakil dari sebuah syarikat guard iaitu dari Squad Security Joint.
1-Syarikat sanggup membina automatic access gate.
2-Sebut harga untuk 4 orang guard + automatic access gate
3-Bayaran servis di anggarkan rm35-50/sebulan.
4-Kita cuba untuk meminta ihsan dari syarikat YTL untuk membiayai kos membina auto access gate.

Monday, August 16, 2010

KECURIAN RIM KERETA 16-8-10

Satu lagi kes kecurian rim kereta pada 16-8-10 di taman ini dan Ini merupakan kes pertama dalam bulan ramadan 2010.

NOTA: JIKA PENDUDUK TERSEREMPAK DENGAN INDIVIDU MENCURIGAKAN SILA TEL TERUS POLIS PUCHONG 03-800762222

Monday, August 9, 2010

Susulan tentang sekuriti guard

1. Saya menerima sebut-harga dari pihak sekuriti untuk 4 orang guard iaitu Rm7071 sebulan termasuk cukai kerajaan sebanyak Rm272. Ini merupakan rate standard untuk servis sekuriti.
2.AJK telah bermesyuarat dengan wakil syarikat guard dan bersetuju dengan syarat-syarat yang telah kita tetapkan. Namun begitu setelah saya membuat susulan, wakil guard tadi telah meyerahkan tugas tersebut kepada staff lain.
3.Saya telah berbincang dengan staff baru tersebut. Walaupun tiada kata putus saya merasakan mereka tidak beberapa setuju dengan syarat-syarat yang kita tetapkan.

ANTARA SYARAT-SYARAT YANG AJK PUTUSKAN UNTUK SEKURITI.
1.Bayaran bulanan RM25
Jika di kira, budget yang kita minta sebenarnya tidak cukup. Kalau kesemua 240 unit rumah membuat pembayaran, setiap unit perlu membayar sebanyak Rm29.00/sebulan. Jika di tolak 10% dari mereka yg enggan bayar bererti penduduk perlu membayar sebanyak rm33/sebulan.

2.Kutipan perlu dibuat sendiri oleh sekuriti.
Sebelum ini kita telah menyerahkan tugas kutipan kepada pihak pengurusan bangunan iaitu YTL. Lebih 30% penduduk tidak membayar. Persatuan penduduk tidak sanggup untuk mengetuk pintu untuk meminta yuran sekuriti setiap bulan.

3.Kad Access dan palang automatik.
Sebenarnya cadangan ini adalah dari pihak sekuriti. Mereka sanggup untuk membiayai kos pembinaan dengan syarat-syarat yang akan ditetapkan nanti.

Kesimpulannya, kita tunggu keputusan dari pihak sekuriti tentang langkah-langkah selanjutnya.



Wednesday, August 4, 2010

UNTUK MAKLUMAN PENDUDUK

MAKLUMAN
PADA HARI SABTU INI PUKUL 5 PETANG (7.8.10) SYARIKAT SEKURITI DAN AJK PENDUDUK AKAN MEMBUAT TINJAUAN DAN MAKLUMBALAS DARI RUMAH KE RUMAH UNTUK MELAKSANAKAN SISTEM PENGAWAL KESELAMATAN YANG BARU

Tuesday, August 3, 2010

Perkhidmatan securiti akan disambung semula.

Perkhidmatan sekuriti akan di sambung semula dalam masa terdekat. Beberapa siri perbincangan telah dibuat antara AJK dan syarikat sekuriti yang baru dan antara persetujuan yang di persetujui adalah
1.Yuran bulanan adalah rm25 dan akan dikutip terus dari penduduk.
2.Servis 24jam dengan 2 pengawal siang dan 2 pengawal malam
3.Semua pengawal adalah warga Malaysia.
4.Akan menggunakan sistem auto gate.(Setiap penduduk akan diberi 2 acess kad)
5.Pembinaan pagar dan guard house akan dibiayai oleh syarikat sekuriti dengan syarat-syarat tertentu.