Saturday, November 1, 2008

Cadangan penduduk tentang masalah parking

Saya ada menerima cadangan dari beberapa penduduk tentang bagaimana untuk mengatasi masalah parking terutama di blok B5/B6 .Saya dimaklumkan masalah parking di blok tersebut sangat kritikal kerana parking mereka telah digunakan oleh penghuni terutama dari blok B4/B5.
Antara cadangan mereka ialah.

1. Membuat tembok setinggi 5kaki dekat rumah sampah.(sila rujuk pelan susunatur parking)
Kepentingan tembok ini adalah untuk,
-mendidik penghuni dari blok bawah, supaya parking di kawasan masing-masing.
-Masalah parking motorsikal dalam bangunan . Diharap pemilik motorsikal tidak pentingkan diri sendiri. Saya lihat banyak tempat parking motosikal kosong.
-Pembuangan sampah di rumah sampah.

2.Membuat parking tambahan dekat tangga dengan meratakan divider.




Foto dibawah mengambarkan tentang masalah parking yang berlaku di blok b5/b6. Tak kurang juga yang bergaduh tentang masalah ini.

No comments: