Sunday, August 3, 2008

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN SEMAK 3.8.08

Persatuan penduduk telah menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan semak berdekatan dengan pondok. Terima kasih kepada 15 orang yang terlibat yang kebanyakan daripadanya adalah dari kalangan ajk. Diharap lebih ramai lagi penduduk akan terlibat dalam aktiviti ini pada masa hadapan.

Inilah kawasan semak sebelum dibersihkan.



3 comments:

Anonymous said...

sorry pada semua tak dapat hadir sbb balik kampung plak minggu tu
anyhow satu soalan,
nape nak u-turn terlalu jauh ke belakang
kenapa tak mintak YTL buat jalan masuk betul2 dengan simpang?
disebabkan u-turn terlalu jauh maka ramai gak yang langgar jalan sehala tu

-tapir-B4-01-

Anonymous said...

Sebenarnya U turn tu dibawah bidang kuasa MPSJ. Soalan ni saya pernah ajukan pada ytl, diaorang cakap jalan ni mungkin menjadi jalan utama pada suatu hari nanti. Sebab tu u-turn dibuat disitu.

Anonymous said...

pada pendapat saya u-turn jauh atau dekat, itu semua tidak menjadi soal. yang penting individu itu sendiri mesti ada kesedaran tentang sivik. kalau ikut kehendak kita kalau boleh jalan masuk tu biarlah kat depan pintu pun. sama-samalah kita hargai kemudahan dan peraturan yang ada untuk kesenangan bersama.Jika buat benda berhemah lama-lama orang akan ikut juga. marilah kita renung-renungkan dan fikirkan bersama.