Tarikh 27-01-2013, Masa 9pagi bertempat Taman Permainan Kanak-kanak B5/B6
Kehadiran : 20 orang
Pukul 9.00 pagi
Pukul 9.30 pagi
Pukul 10.00pagi hingga 12.00 tengahari
2-Tan Bee Suan B6-4-8
3- Shai Gian Wei B6-3-8
4-Peh Moy Nee B6-3-4
5-Khairy b4-1-4
Berikut adalah teks ucapan yang dibaca oleh setiausaha dalam majlis perjumpaan tersebut.
1.Pengurus unit migrasi Syabas(En Krishnamoorthi)
2.Pemaju perumahan YTL(En Jega)
3.Persatuan penduduk(S.U En Ruzlan)
-AJK menyiapkan tempat.
-Pengumuman dibuat beberapa kali supaya penduduk turun menyertai majlis. Kehadiran penduduk sangat kurang kerana tarikh perjumpaan bertembung dengan cuti thaipusam. Ramai penduduk yang balik kampung.
-AJK masih menunggu kehadiran penduduk.
-Program diteruskan walaupun tidak ramai penduduk yang hadir.
-Pengerusi En Zulkifli menerangkan secara ringkas tujuan perjumpaan dan tugas persatuan penduduk.
-En Ruzlan membacakan teks agenda perjumpaan.
-En Azri dan azmi menerangkan tentang keselamatan dan perlunya kerjasama penduduk dalam menjaga hal-hal keselamatan bersama.
.
Sessi dialog, cadangan dan komen.
1-Yee Chee Wah dari B1-4-6
-Nombor di petak parking yang tidak jelas
Jawapan:Perkara ini akan diajukan kepada pemaju (YTL)
-Belum menerima strata (m.o.t)
Jawapan: Tuan diminta menghubungi peguam yang membuat S&P atau boleh menghubungi hotline LPHS di talian 03-5544 750 untuk mengetahui lebih lanjut apa yang perlu dibuat secara individu.
-Lampu jalan yang lama rosak di blok b6
-Tong sampah melimpah
-Banyak kucing liar
Jawapan: Lampu jalan yang dimaksudkan sudah banyak kali diajukan kepada mr david. Seperti biasa alasan yang kita terima "tiada tangga".
Kucing liar boleh dibuat aduan dengan MPSJ dengan menghubungi talian waktu bekerja 03-8024 7700 hotline diluar waktu bekerja 03-5637 6545. MPSJ akan memberi sangkar untuk dikutip oleh mereka pada keesokan harinya. Perkara ini boleh dibuat oleh penduduk dan tidak semestinya oleh AJK.
-Pokok-pokok di sebelah blok 6 perlu ditebang kerana sudah ranting sudah sampai ke tingkap rumah. Beliau bimbang dimasuki ular
Jawapan: AJK akan mencari waktu sesuai untuk membuat gotoroyong dengan kerjasama MPSJ
-Parking visitor tidak ikut blok terutama dari blok b1&b2. Perlu tindakan segera
-Mahu mengurangkan bayaran sekuriti kepada rm30
-Sekuriti tidak memakai unifom
Jawapan: AJK berusaha yang terbaik tetapi perlu kerjasma penduduk. Tentang yuran sekuriti, setakat ini AJK belum lagi jumpa satu syarikat yang boleh menawarkan harga dibawah rm5.00 sejam dengan pekerja tempatan. Kalau ada yang berharga rm4/sejam kesemua adalah pekerja asing yang tidak fasih berbahasa melayu.
Didalam perjanjian baru dengan sekuriti, kita terpaksa mengurangkan jumlah sekuriti menjadi 2malam, 1 siang dengan harga rm5819 dengan anggaran pembayaran oleh penduduk diantara 75-80%. Lebihan yuran yang dikutip akan dimasukkan kedalam tabung persatuan.
Perjumpaan
penduduk Pangsapuri Taman Puncak Kinrara fasa B
Tarikh/Masa/Tempat
: 27-01-2013 Pukul 9 Pagi, Taman permainan Kanak-kanak B5/B6
Agenda:
1-Penubuhan
MC( Perbadanan Pengurusan atau Management Corporation)
2-Migrasi
air individu untuk mendapatkan 20ml air percuma.
3-Hakmilik
strata
4-Keselamatan
5-Kebersihan
dan lain-lain
Persatuan
penduduk telah menghadiri satu mesyuarat dengan kerajaan negeri
dibawah Lembaga perumahan dan hartanah selangor untuk membincangkan
tentang masalah migrasi air individu, penubuhan MC dan hakmilik
strata.
Mesyuarat
tersebut dibuat pada 06 Disembar 2012, 9.30 pagi di tingkat 11,
bangunan darul ehsan, Shah Alam yang dihadiri oleh
1-En
Norhafiz bin Nordin-Unit pesuruhjaya bangunan(COB)MPSJ
2-En
Krishnamoorthi-Syarikat bekalan air selangor(Pengurus unit migrasi
Syabas)
3-Pn
Mufidah - Ketua penolong pengarah pengurusan unit strata lembaga
perumahan dan hartanah selangor
4-En
Sharuddin b. Ismail -Pegawai undang-undang LPHS
5-En
Zulkefli -Pengerusi persatuan penduduk
6-En
Ruzlan -Setiausaha persatuan penduduk
7-En
Zariman -AJK persatuan penduduk
8-En
Azmi Kasim -AJK persatuan penduduk
Tidak
hadir
1-En
Jega -YTL. (Ada urusan yang tidak dapat dielakan)
2-Adun
Kinrara, YB Teresa kok (Ada urusan keluarga yang tidak dapat
dielakkan)
PENUBUHAN
MC
1-Kenapa
pentingnya MC?
-AJK
yang dilantik penduduk mempunyai kuasa penuh dalam menguruskan
kewangan dan penyelengaraan bangunan mengikut undang-undang seperti
yang termaktub dalam sale and purchase agreenent(S & P)
-Dengan
adanya jmb/mc kita boleh memohon skim ceria(Caring government for
Residence Improvements Aid) yang disediakan oleh kerajaan negeri
untuk membaikpulih pangsapuri berharga dibawah 100ribu seperti
membuat pagar, pusat komoniti, cat bangunan dan sebagainya.
-Skim
ceria adalah berkonsepkan perkongsian penduduk dengan kerajaan neger
selangor dengan kadar MC 40% dan kerajaan 60%. Contoh: jika kos pagar
& pusat komuniti berharga rm100 ribu, JMB perlu mengeluarkan
wang sebanyak RM40. Permohonan boleh dibuat setiap tahun dan akan di
nilai bergantung kepada keutamaan.
2-Kenapa
kita perlu menubuhkan MC dan bukan JMB
-Tempoh
penubuhan JMB(Pengurusan Bersama atau Joint Management Body) adalah
sebelum strata dikeluarkan oleh pemaju dibawah akta 663 yang
berkuatkuasa 12 April 2007.
-Oleh
kerana strata(M.O.T)
sudah dikeluarkan, akta 663 terbatal dan perlu diganti dengan
penubuhan MC (Perbadanan Pengurusan atau Management
Corporation)dibawah dibawah Akta 318(akta hakmilik strata)
3-Kenapa
pangsapuri kita tidak dapat menubuhkan JMB?
Kita
dimaklumkan oleh YTL melalui surat yg diedar pada 17-3-2008(ditampal
pada papan kenyataan) menyatakan
mereka
akan menubuhkan MC dan bukan JMB atas alasan menunggu hakmilik
strata. Alasan YTL yg mengatakan tidak dapat menubuhkan jmb
sebenarnya telah melanggar akta 663. Persatuan penduduk tidak
menyedari hal ini kerana tidak ada sesiapa yang memberi information.
-Setelah
kita menunggu sekian lama hakmilik strata, pengerusi dan setiausaha
persatuan penduduk pergi membuat semakan di pejabat tanah pada bulan
disember 2010. Hasil dari semakan tersebut, pejabat tanah sudahpun
meluluskan hakmilik pada tahun 2006 lagi, tetapi oleh kerana YTL
mempunyai tunggakan cukai tanah , M.O.T (memorandum
of trasfer) tidak dapat dibuat kepada pemilik rumah.
-Pada
31 okt 2011 MOT(memorandum of trasfer) telah dikeluarkan oleh pejabat
peguam Kamarudin & Partners untuk pemindahan hakmilik strata.
3-Apakah
syarat penubuhan MC
-Sekurang-kurangnya
25% atau 1/4 daripada 240 unit rumah membayar strata. Ini bermakna
kita memerlukan sekurang-kurangnya 60 pemilik membayar strata.
-Semakan
yang dibuat oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor(LPHS) di
pejabat tanah sehingga disember 2012 mendapati hanya 35 orang sahaja
yang sudah dipindah milik. Kita memerlukan 25 orang sahaja lagi untuk
melayakkan penubuhan MC.
HAKMILIK
STRATA
1-Kenapa
Pemilik rumah perlu berusaha menjelaskan bayaran hakmilik strata.
-Hakmilik
Strata adalah sama pentingnya dengan Hakmilik Tanah dan ianya
satu-satunya geran/ dokumen/ bukti pemilikan petak.
-Jika
hakmilik strata tidak dibuat pemilik rumah akan menghadapi masalah
dalam urusan pindahmilik, gadaian, cagaran & pembahagian pesaka.
-Pemindahan
hakmilik strata tidak perlu menunggu sehingga bayaran bank
dilunaskan, kerana ianya hanya melibatkan pertukaran nama daripada
pemaju kepada nama pembeli rumah.
-Kadar
bayaran hakmilik strata yang dikenakan kepada pemilik oleh peguam
bergantung kepada jumlah hutang bank dan nilai rumah semasa.
-HOTLINE
: 03-5544 7650
Lembaga
Perumahan dan Hartanah Selangor untuk menyemak status hakmilik.
MIGRASI
AIR INDIVIDU
1-Permohonan
migrasi air oleh pemaju.
-Satu pertemuan diantara Syabas, Pemaju dan Persatuan penduduk telah dibuat pada 10.01.2013 di Tingkat 17 Wisma Goshen , pukul 11 pagi, dimana pihak pemaju bersetuju untuk memohon migrasi air dan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh syabas.
-Satu pertemuan diantara Syabas, Pemaju dan Persatuan penduduk telah dibuat pada 10.01.2013 di Tingkat 17 Wisma Goshen , pukul 11 pagi, dimana pihak pemaju bersetuju untuk memohon migrasi air dan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh syabas.
-YTL
akan memeriksa jenama dan no siri meter air di setiap rumah untuk
tujuan permohonan migrasi(Syarat dari Syabas.
-Persatuan
penduduk akan membuat laporan bertulis kepada LPHS, jika pemahu
enggan atau sengaja melambatkan proses permohonan tersebut.
-Antara
mereka yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah
2-Carta
migrasi oleh syabas
Selepas
permohonan diproses iaitu dalam tempoh 2 minggu, syabas akan:-
a)Memeriksa
meter & paip dan akan tukar kepada yang baru jika difikirkan
perlu.
b)Meneliti
apa-apa tunggakan air yang belum dijelaskan oleh pemaju dengan pihak
syabas.
c)Tunggakan
air sebelum migrasi adalah dibawah tanggungjawap pemaju/MC
d)Syabas
akan memaklumkan kepada pemilik untuk membayar deposit meter individu
sebanyak rm130 setiap unit rumah.
3-Berapakah
kadar air sekarang
Untuk
makluman kadar tarif air sekarang seperti berikut.
Meter
Pukal : RM1.38 semeter padu samarata.
Meter
individu :0 - 20 meter padu 0.57 , 20-35 meter padu RM 1.03 ,
melebihi 35 meter padu RM 2.00, Bayaran Minima Sebulan RM 6.00 dan
Percuma dibawah program kerajaan selangor untuk 20ml pertama.
KESELAMATAN
1-Perkhidmatan
sekuriti dibuat oleh persatuan diatas persetujuan majoriti
pernduduk(melalui undian tangan) dalam mesyuarat agung kali ke-1 pada
16-03-2008
2-Khidmat
sekuriti pertama telah dimulai pada 1 jan 2009 dan kamudian
dihentikan pada disember 2009. Selepas beberapa siri kecurian
bahagian kereta seperti rim, tayar dan sebagainya pada
25-7-2010,26-7-2010 dan 27-7-2010.
perkhidmatan
sekuriti disambung semula untuk kali kedua pada 1september 2010
Setahun
kamudian syarikat tersebut tidak menyambung kontrak dan disambung
dengan syarikat sekuriti yang ada sekarang.(Asraf security) pada May
2011.
3-Perkhidmatan
sekuriti pangsapuri taman puncak kinrara tertakluk dengan
garispanduan “gated community (GC) ” yang dikeluarkan oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan 2010 dimana Akta Hakmilik
Strata(2007) membolehkan persatuan penduduk/jmb/mc di pangsapuri
menguruskan perkhidmatan sekuriti mengikut garispanduan(sop) yg
dipersetujui.
4-Jumlah
pembayar sekuriti adalah sekitar 70-80%. Oleh itu pihak sekuriti
terpaksa mengurangkan jumlah sekuriti menjadikan 3 orang. Kontrak
baru bermula pada Jan 2013 sebanyak Rm5819.40 sebulan. Persatuan
penduduk memberi kuasa kepada wakil sekuriti untuk mengutip bayaran
tersebut untuk diserahkan kepada bendahari dari masa ke semasa.
Lebihan kutipan(Jika ada) akan dimasukkan kedalam akaun persatuan
penduduk.
5-Pengurusan
sekuriti akan dibuat oleh MC bila ia ditubuhkan nanti. Keputusan
untuk membubarkan persatuan penduduk akan diputuskan didalam
mensyuarat MC kali pertama.
Disediakan
oleh Ruzlan bin Mohd Zin(Setiausaha)
Kami mengalu-alukan komen anda. Terima kasih
No comments:
Post a Comment