Wednesday, October 22, 2008

Penjelasan untuk bayaran maintanance & guard

Adalah dimaklumkan AJK telah mendapatkan quotation dari beberapa syarikat security guard untuk mendapatkan harga untuk 2 pengawal siang & 2 malam. Dari maklumbalas, harga guard tersebut adalah sekitar rm6,100 ke rm6900 bergantung kepada service. Sila lihat lampiran(pdf file).
Sebenarnya penduduk yang mahu guard diadakan. Pihak pengurusan YTL diberi tanggugjawap oleh persatuan untuk mengutip bayaran guard melalui yuran maintance supaya kutipan berjalan lancar. Persatuan tidak yakin jika kutipan dibuat oleh AJK, akan dibayar oleh penduduk. Tambahan pula bayaran Rm25 sebenarnya tidak mencukupi kerana jumlah kutipan untuk 240 rumah hanya rm6000 sahaja. Jadi bayaran selebihnya diambil dari bayaran mantanance.
Dalam mesyuarat agong pertama dahulu pihak pengurusan ada menjelaskan tentang kemana wang maintanance dibelanjakan iaitu untuk pengurusan sampah dan garden. Sebahagian wang tersebut juga akan digunakan untuk kegunaan penduduk dimasa hadapan. Masalahnya ada juga rumah yang tidak membayar yuran maintance.
Saya cuba dapatkan akaun terperinci dari YTL untuk dibentangkan dalam mesyuarat agong ke2 March 2009.

Sekian terima kasih,
-Setiausaha-

Friday, October 17, 2008

Parking oh parking

Untuk makluman,kerja2 mengecat nombor parking mungkin dibuat oleh kontraktor dalam masa seminggu dua lagi.
Satu lagi cadangan persatuan untuk membuat petak parking di sepanjang jalan dari blok b2 ke b6 untuk mengatasi masalah kekurangan petak visitor. Apa komen anda

---- 
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Tuesday, October 14, 2008

Mengecat nombor lot parking

 MAKLUMAN
Saya sudah memaklumkan kepada mr Jega tentang kesanggupan AJK untuk membuat kerja-kerja mengecat nombor lot parking untuk blok b3,4,5 dan 6. Walaubagaimanapun kerja-kerja tersebut hanya boleh dibuat oleh kontraktor yang bertauliah sahaja, Oleh itu, sesiapa yang ada kenalan atau kontraktor yang berpengalaman dalam bidang berkenaan, sila hubungi saya Ruzlan 0123888147 untuk dapatkan sebutharga untuk saya serahkan kepada mr Jega.

Wednesday, October 8, 2008

Kawalan Keselamatan sementara di musim perayaan Aidilftri.

Untuk menjaga keselamatan penduduk di musim perayaan Aidilfitri ini, persatuan dengan kerjasama management building(YTL) bersetuju untuk menyediakan kawalan keselamatan sementara selama dua minggu berakhir pada 14/10/2008. Pihak management telah membuat bayaran untuk perkhidmatan tersebut sebayak rm3,125. Sebenarnya dalam tempoh yg begitu singkat, kita dapat menyekat banyak kes kecurian daripada berlaku. Terdapat juga sebuah kereta yang disyaki dicuri tetapi telah di letakkan di Blok B2.
Untuk kawalan keselamatan secara tetap, perbincangan telah dibuat dan surat untuk bayaran tambahan mungkin di hantar dalam bulan November. Kawalan keselamatan mungkin akan dibuat pada Januari tahun 2009.