Thursday, December 6, 2012

Laporan mesyuarat membincangkan masalah penyelenggaraan dan pengurusan pangsapuri taman puncak kinrara fasa B


Laporan mesyuarat membincangkan masalah penyelenggaraan dan pengurusan pangsapuri taman puncak kinrara fasa B
Tempat:Lembaga perumahan dan hartanah selangor tingkat 11, bangunan darul ehsan.
Masa dan tarikh:  Pukul 9.30 pagi 06 Disembar 2012

Kehadiran:
1-En Norhafiz bin Nordin-Unit pesuruhjaya bangunan(COB) MPSJ
2-En Krishnamoorthi-Syarikat bekalan air selangor(Pengurus unit migrasi Syabas)
3-Pn Mufidah - Ketua penolong pengarah pengurusan unit strata lembaga perumahan dan hartanah selangor
4-En Sharuddin b. Ismail -Pegawai undang-undang LPHS
5-En Zulkefli -Pengerusi persatuan penduduk
6-En Ruzlan -Setiausaha persatuan penduduk
7-En Zariman -AJK persatuan penduduk
8-En Azmi Kasim  -AJK persatuan penduduk
Tidak hadir
1-En Jega -YTL. (ada urusan yang tidak dapat dielakan)
2-Yb Kinrara, YB Teresa kok (Ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan)

Berikut adalah beberapa agenda yang telah dibincangkan.
Penubuhan JMB/MC
1)JMB tidak dapat ditubuhkan oleh pemaju(YTL), kerana mereka sedang menunggu pemindahan hakmilik strata oleh pemilik unit iaitu sekurang-kurangnya 25% atau 1/4 daripada 240 unit untuk melayakkan penubuhan MC.Ini bermakna kita memerlukan sekurang-kurangnya  60 unit pemilik yang membayar strata. Semakan yang dibuat oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor(LPHS) di pejabat tanah mendapati hanya 35 orang sahaja yang sudah dipindah milik sehingga disember 2012.

2)Pemilik rumah perlu berusaha menjelaskan bayaran hakmilik strata.
Hakmilik Strata adalah sama pentingnya dengan Hakmilik Tanah dan ianya satu-satunya geran/ dokumen/ bukti pemilikan petak.
Jika hakmilik strata tidak dibuat pemilik unit akan menghadapi masalah dalam urusan pindahmilik, gadaian, cagaran & pembahagian pesaka.


Untuk makluman dan info tambahan.
-Anda boleh membuat pertanyaan tentang status hakmilik dengan menghubungi peguam yang menguruskan pembelian rumah . Kamarudin & Partners telahpun menghantar surat pemindahan kepada pemilik pada 31 oktober 2011.
-Pemindahan hakmilik strata tidak perlu menunggu sehingga bayaran bank dilunaskan, kerana ianya melibatkan pertukaran nama daripada pemaju kepada nama pembeli rumah.
-Kadar bayaran hakmilik strata yang dikenakan kepada pemilik oleh peguam bergantung kepada jumlah hutang bank dan nilai rumah semasa. 

Kenapa kita perlu menubuhkan MC dan bukan JMB.
a)Tempoh penubuhan JMB(Pengurusan Bersama atau Joint Management Body) adalah sebelum strata dikeluarkan oleh pemaju dibawah akta 663 yang berkuatkuasa 12 April 2007.
b)Oleh kerana strata sudah dikeluarkan, akta 663 terbatal dan perlu diganti dengan penubuhan MC (Perbadanan Pengurusan atau Management Corporation)dibawah dibawah Akta 318


Migrasi meter pukal kepada meter individu
1)Menurut pengurus unit migrasi Syabas,  En Krishnamoorthi, sepatutnya jmb/mc/pemaju perlu memohon migrasi air. Persatuan penduduk boleh juga memohon tetapi akan menghadapi beberapa masalah terutama dari segi masa dan kewangan. Kita sedia maklum AJK persatuan adalah sukarelawan dan bukan bekerja dalam persatuan.

2)Selepas permohonan diproses(dalam tempoh 2 minggu), syabas akan
-Memeriksa meter & paip dan akan tukar kepada yang baru jika difikirkan perlu.
-meneliti apa-apa tunggakan air yang belum dijelaskan oleh pemaju dengan pihak syabas.
-Pemasangan meter untuk kawasan umum atau common area seperti paip rumah sampah perlu didaftarkan atas nama persatuan penduduk.
-Deposit meter individu sebanyak rm130 setiap unit rumah.

Untuk makluman dan info tambahan.
Kadar/ Tarif Kediaman antara Meter Pukal dan Meter individu
Meter Pukal : RM1.38 semeter padu samarata.
Meter individu :0 - 20 meter padu RM 0.57 , 20-35 meter padu RM 1.03 , melebihi 35 meter padu RM 2.00, Bayaran Minima Sebulan RM 6.00

Disediakan oleh s.u



Tuesday, December 4, 2012

JMB/Migrasi Air

Susulan dari permohonan migrasi meter pukal kepada meter individu Pangsapuri Taman Puncak Kinrara Fasa B, saya telah menerima surat melalui fax pada hari ini 3/12/12 untuk hadir ke mesyuarat pada 6/12/12 bertempat di Lembaga perumahan dan hartanah selangor tingkat 11, bangunan darul ehsan. Pukul 9.30 pagi.

Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor kerana menjadi konsultant dalam menyelesaikan masalah penduduk taman ini dan negeri selangor amnya. 

Antara mereka yang akan hadir ialah

1-Yb Teresa Kok-Adun Kinrara

2-Unit pesuruhjaya bangunan MPSJ

3-Syarikat bekalan air selangor (Syabas)

4-Pemaju perumahan (YTL )

5-Persatuan penduduk Tmn puncak kinrara fasa B.

6-Ketua pengarah unit pegurusan serata, lembaga perumahan & hartanah selangor selaku pengerusi majlis.

Disediakan oleh S.U