Saturday, August 30, 2008

Pintu Fider piller/switchboard TNB terbuka

Saya dapati pintu fiderpilar dekat blok b2 terbuka sejak 28.8.08. Sehingga hari ni(30.8.08 sabtu) saya telah menghubungi pihak TNB sebanyak 3 kali dan sdr yasser 1 kali. Nampaknya pihak TNB buat sambil lewa kerana tidak ada tindakan yang diambil.
Saya bimbang kecurian plat tembaga berulang kerana bulan lepas(july) fider piller di blok B4 telah dicuri.Apa komen anda?

Sunday, August 3, 2008

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN SEMAK 3.8.08

Persatuan penduduk telah menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan semak berdekatan dengan pondok. Terima kasih kepada 15 orang yang terlibat yang kebanyakan daripadanya adalah dari kalangan ajk. Diharap lebih ramai lagi penduduk akan terlibat dalam aktiviti ini pada masa hadapan.

Inilah kawasan semak sebelum dibersihkan.



Saturday, August 2, 2008

Peralatan elektrik rosak akibat arus berlebihan pada 2.8.08 3 petang

Kegiatan mencuri kabel pada Switchboard TNB menyebabkan 3 blok iaitu blok B4,B5,B6 yang melibatkan 60 penghuni mengalami kerugian kerana semua peralatan elektrik termasuk lampu telah meletup. Kejadian mencuri itu dilakukan sekitar pukul 3 petang. Ada penduduk melihat terdapat 5 orang yang menyamar sebagai orang TNB dengan uniform berwarna kelabu. Saya difahamkan TNB sudah menukar uniform kepada warna biru untuk mengelakan daripada penyamaran. Walaubagaimanapun jika penduduk ternampak sesiapa yang buat "repair" hendaklah bertanya kepada meraka dan jika nampak mencurigakan, sila beritahu kepada AJK dengan segera agar kejadian seperti ini tidak berulang. Persatuan menyerahkan tanggugjawap kepada En Harinddan Krisnan untuk menguruskan masalahnya ini. Menurut beliau, untuk menuntut kerugian dari TNB, kita kena ada peguam. Masalahnya sanggupkah kita untuk membayarnya. Sila berhubung dengan beliau 0122076211 untuk keterangan lanjut.