Tuesday, July 22, 2008

Palang guard dilanggar lori BJQ 9409

Inilah lori yang disyaki melanggar palang guard hingga bengkok. Foto ini diambil ketika lori ini parking di blok B3 pada hari ahad 27.7.08. Adakah pemandu lori ini pemilik/penyewa rumah atau orang luar yang datang bertandang? Jika pemandu lori ini dari kalangan orang yang waras, tidak sepatutnya lori ini parking di kawasan apartment kerana kenderaan ini dikategorikan kenderaan berat. Persatuan akan memantau dan tindakan susulan akan di buat terhadap pemandu lori ini jika masih parking di kawasan apartment.




Ini adalah maklumbalas daripada MPSJ mengenai aduan saya kepada MPSJ tentang lori yang parking di kawasan apartment.


From: ahmad@mpsj.gov.my
Sent: Friday, August 01, 2008 9:34 AM
To: lan@soyl.com.my
Subject: Maklumbalas Aduan Tentang Lori Kontena Parking Didalam Pangsapuri
Salam sejahtera dan dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, kontena yang diletakkan di dalam kawasan apartment adalah dibawah tanggungjawab dan kuasa yang diperuntukkan terhadap managment corporation. Oleh yang demikian pihak tuan disarankan agar merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Kerjasama daripada pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

"CEKAP, ADIL DAN BERINTEGRITI"

AHMAD BIN HASAN
Pen. Pengarah Penguatkuasaan

Sunday, July 6, 2008

BBQ pada 5.7.08

Kerja-kerja membina pondok & palang guard telah siap pada 29.7.08. Untuk itu satu majlis BBQ telah dibuat pada 5.7.08 hari sabtu 8.30mlm untuk menghargai mereka yang terlibat dengan belanja sendiri sebanyak rm20 seorang. Seramai 15 orang ajk telah terlibat. Mereka ialah Saadi,Damiri,Harindran,Khairi,Kamal,Mohd Isa,Sani,Yasser,Zariman,Hamzah,Yusman,Ust Zulkefli,Azmi,Azri dan Ruzlan. Mereka membawa ahli keluarga masing-masin dan kehadiran dianggarkan sekitar 50 orang. Walau bagaimana pun sdr. Azri sekeluarga tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Kutipan untuk majlis itu adalah Rm300 untuk pelbagai menu iaitu ayam, ikan tetuka, cencaru, kembung, sotong dan udang.

Terimakasih tidak terhingga kepada:
Damiri - menyumbang buah tembikai dan kuah asam.
Sani - menyumbang meehon dan kuah kacang.
Zariman - menyumbang mee goreng dan membeli bahan
mentah di pasar.
Yusman - bersama zariman ke pasar.
Ruzlan - menyumbang gula & susu
Hamzah - menyediakan dapur arang dan kerusi.
Khairi - menyediakan cencaru sumbat.
Kamal- menyediakan minuman Nescafe.