Wednesday, November 23, 2011

Hakmilik Strata

Saya sudahpun menerima surat dari kamarudin & partners bertarikh 31 okt 2011 supaya membayar memorandum of transfer untuk mendapatkan hakmilik strata dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima surat.

Berikut adalah senarai terperinci yang perlu dijelaskan.


Walaupun harga yang perlu di bayar agak tinggi tetapi terpaksa juga untuk mengelakkan daripada kesusahan di kamudian hari terutama bila melibatkan penukaran hakmilik kepada anak-anak.

Saturday, October 22, 2011

Mesyuarat AJK 21 oktober 2011

Mesyuarat AJK 21 oktober 2011, 9.30 malam bertempat di Pondok komuniti.

Keputusan mesyuarat adalah seperti berikut:
1-Perkhidmatan sekuriti tidak disambung kerana sebahagian penduduk tidak mahu menjelaskan yuran perkhidmatan sebanyak rm30/sebulan.
Perkhidmatan sekuriti bermula dari september 2010 dan berakhir pada okt 2011.

2-Persatuan hanya menerima syarikat sekuriti yang sanggup membina dan menjalankan sistem palang automatik sahaja.

3-Notis tamat khidmat sekuriti akan ditampal pada setiap blok.(22.10.11)

4-Persatuan cuba memohon bantuan daripada wakil rakyat untuk pembinaan pusat komuniti
yang dicadangkan di tapak pondok sekuriti yg sediada, termasuk pagar secepat mungkin.

5-Persatuan dicadangkan supaya membuat kad pelekat magnatik yg tertulis nombor-nombor penting telefon seperti no AJK, Polis dan sebagainya untuk memudahkan penduduk menghubungi ketika melihat kes-kes kecurian dan sebagainya. Kad ini akan diedar secara pintu ke pintu oleh AJK untuk makluman penduduk.

6-Persatuan membuat aduan secara bertulis kepada pengurusan bangunan(YTL) dan MPSJ berkenaan masalah dahan pokok, sampah yg tidak dikutip dan penutup manhole/longkang yg telah dicuri.



Sebahagian AJK dalam mesyuarat yang diadakan di pondok sekuriti pada 21.10.11


Mengimbas kembali hari pertama sekuriti yang di mulakan pada september 2010 iaitu 2 pengawal siang dan 2 pengawal malam. Jumlah pengawal dikurangkan selepas dua bulan kerana sebahagian penduduk enggan membayar yuran.



Rekod pembayaran pengawal pada oktober 2011 yang membawa kepada perkhidmatan tidak disambung.

Monday, August 15, 2011

laporan kejadian 15-ogos 2011

Satu kejadian dimana sekuriti hampir dipukul oleh seorang pelawat(berbangsa cina) pada pukul 7.30pagi, 15-8-2011. Pelawat tadi marah kepada sekuriti kerana lambat membuka palang.

Ulasan saya.
Sekuriti telah bekerja dengan betul sepertimana sepatutnya. Kita pula sebagai penghuni tidak memberi sokongan kepada mereka. Tengok saja berapa orang yang membayar yuran. Sehingga hari ini(15-8-2011) kedua2 sekuriti yang bertugas masih belum menerima gaji mereka.

Thursday, August 11, 2011

Pembayaran Yuran guard amat mengecewakan.

Penduduk apartment taman puncak kinrara nampaknya sangat mengira tentang service guard. Mereka inginkan perkhidmatan kelas satu tanpa perlu membayar yuran iaitu sebanyak rm30 sebulan.
Mereka inginkan guard meronda dari pintu ke pintu dan memastikan guard menjaga setiap kenderaan masing-masing.Kalau boleh nak suruh guard lakukan segala-galanya baru tergerak hati untuk membayar. Itupun kalau boleh hanya rm10 jer sebulan.
Berikut adalah kutipan bulan ini(Ogos 2011) yg saya lihat dari buku catitan guard.
Yuran yang dapat dikutip sehingga 10-8-2011 sebanyak rm 1500, dan gaji setiap guard dalam rm1000 seorang.
Tuan-tuan renungkan bagaimana untuk mengambil 4 pengawal sedangkan untuk membayar dua orang guard pun tak lepas. Sedangkan guard tu bekerja 24 jam dan kadang-kadang mendapat gaji lewat. Jangan di tanya kenapa guard kadang kala tertidur kerana mereka bukannya mesin, ditambah dengan kerja seorang malam dan seorang siang.
Jika dilihat pada palang keselamatan, ianya sangat uzur. Dapatkah tuan-tuan berfikir dengan kutipan sebanyak itu adakah pihak sekuriti boleh membina palang yang baru berserta pagar yang berharga tidak kurang dari rm20 ribu.

Saturday, August 6, 2011

Pembersihan semak oleh MPSJ pada 6 Ogos 2011

Kerja-kerja pembersihan semak dibelakang Blok B5/B6 oleh Kontraktor MPSJ telah dijalankan pada 6-8-11/Sabtu, berikutan dari aduan yang dibuat oleh persatuan dan YTL. Penduduk merasa lega-seleganya kerana sebelum ini terdapat banyak ular dan binatang bisa yg meyelinap masuk kedalam rumah penduduk.
Beberapa orang penduduk sedang memerhati kerja-kerja yg dibuat.


Sunday, May 8, 2011

YURAN SEKURITI


Setiap bulan kita hanya mampu mengutip +- rm 3000 sebulan dan hanya untuk 2 sekuriti sahaja. Jika kita tidak mahu membayar, bagaimana mereka boleh memberi perkhidmatan terbaik?

Saturday, April 9, 2011

MEMBINA SISTEM PALANG AUTOMATIK /AUTOGATE

Minit mesyuarat AJK
Tarikh dan masa 8 april 2011/9.30pm
Tempat: Pondok pengawal
Kehadiran:
1-Ruzlan,2-Zulkefli Zainuddin,3-Mohd Izwan, 4-Damiri, 5-Zulkifli Mohd Zin, 6-Mohd Isa
7-Woo Wen Yang, 8-Azmi Kasim, 9-Zariman 10-Hamzah b. Aziz

Tidak hadir:
1-Effendi b. Ramli, 2-Yasser Anwar b. Abu Bakar, 3-Looi Pey Tse, 4-Yusnaily Osman


MEMBINA SISTEM PALANG AUTOMATIK /AUTOGATE
1-AJK bersetuju memberi kebenaran kepada syarikat sekuriti untuk membina autogate. Segala kos yang berkaitan ditanggung oleh syarikat sekuriti.

2-Setelah surat perjanjian dipersetujui diantara persatuan dan sekuriti, persatuan akan mengeluarkan surat persetujuan di antara penduduk untuk ditandatangani.

Penduduk hendaklah menyerahkan surat persetujuan tersebut kepada persatuan dalam tempoh 14 hari. Kegagalan penduduk mengembalikan surat persetujuan dalam tempoh itu dianggap bersetuju untuk membina autogate.

Tujuan surat persetujuan diantara penduduk adalah untuk mendapatkan suara majoriti penduduk.

3-Persatuan akan mendapatkan surat kebenaran daripada pihak pengurusan bangunan, sebelum membina autogate.

4-Syarat-syarat lain seperti harga kad access akan di bincangkan kamudian.


Mesyuarat telah ditamatkan pukul 11.30 malam

Friday, April 8, 2011

Mesyuarat AJK 8 april 11

Mesyuarat AJK
Tarikh dan masa 8 april 2011/9.30pm Tempat: Pondok pengawal

Hasil perbincangan pada 3/4/11(ahad) antara pihak sekuriti(Krisnan & Lutchumi) dan persatuan(Zulkefli,Ruzlan & Izwan) adalah seperti berikut;

1)Masalah kutipan yuran sekuriti dimana jumlah kutipan adalah:
December 2010-rm3300, January2011-rm3210, February-rm3180 dan Mar-rm3450
***Menurut quotation kutipan hendaklah rm6000/sebulan, 4 pengawal dan rondaan.
-Kutipan berkurangan kerana sekuriti tidak menguatkuasakan sistem stiker.
-Sekuriti membuat alasan kenapa mereka tidak melaksanakan sistem stiker kerana;
a-Persatuan belum mengeluarkan surat kebenaran.
b-Tidak ada surat perjanjian peguam antara sekuriti dan persatuan.

2)Pihak sekuriti bersetuju membina autogate selepas perjanjian peguam dibuat. Draf perjanjian dibuat oleh pihak sekuriti dan kos perjanjian hendaklah ditanggung oleh persatuan.(Anggaran rm300 keatas) Kos membina autogate sekitar rm6,000-12,000.

3)Berkenaan dengan penjualan stiker.
Kos stiker dan resit adalah seperti berikut;
a)Stiker kereta Biru dan merah -rm 500
Stiker motorsikal----------------rm280
Buku resit (20 buku)------------rm200
JUMLAH ------------------------rm980

b)Hasil jualan stiker-------------------------------------rm625
Hutang resit --------------------------------------------rm200
Hutang stiker motor------------------------------------rm280
JUMLAH sekuriti kena bayar kepada persatuan-- rm145

AGENDA MESYUARAT
1.Adakah perlu membina autogate?
-Dapat menyelesaikan masalah kutipan yuran sekuriti.
-Penduduk yang tidak mempunyai kenderaan boleh meyewa petak mereka.
-Persatuan boleh menambah dana daripada lebihan yuran yang dibayar kepada sekuriti. Iaitu selepas rm6000
-Kebanyakan flet dan apartmet menggunakan autogate.
-Membincangkan kelemahan menggunakan autogate.


2- Penguatkuasaan stiker tanpa autogate.
-Persatuan kena membayar kos perjanjian guaman terlebih dahulu sebelum pelaksanaan stiker dibuat.
-Adakah kutipan yuran akan bertambah?
-Mengikut pengalaman lepas, penduduk hanya membayar pada bulan pertama sahaja.
-Menukar stiker setiap 3 bulan akan membuat penduduk bosan dan secara tidak langsung akan menambah beban AJK dan kos membuat stiker agak tinggi.

3.Menamatkan khidmad sekuriti?
-AJK dan sekuriti yang bertugas selalu dipersalahkan penduduk bila ada masalah kecurian dan sebagainya

4.Lain-lain hal.

Mesyuarat di jangka tamat pada pukul 11.30 malam.