Friday, November 21, 2008

GOTONG ROYONG PENDUDUK

Adalah dimaklumkan satu gotong-royong akan di adakan pada
Tarikh: 30-11-08 (Ahad)
Masa: 9 pagi.
Tujuan untuk membersihkan pokok-pokok yang tumbuh di cerun jalan berdekatan Blok B6. Harap penduduk tidak keberatan. Sila berkumpul di Pondok Guard.
Penglibatan MPSJ hanya sekadar meyediakan peralatan sahaja seperti jentolak dan mesin gergaji.
-------------------------------------------------------------------
Foto dibawah diambil pada tahun 2002 iaitu semasa apartment mula-mula diduduki.

Dan ini adalah foto sekarang yang dipenuhi sampah dan semak....

Wednesday, November 12, 2008

Gotong royong bersama MPSJ

Semalam(11.11.08) saya telah berjumpa dengan pegawai MPSJ untuk meminta diadakan gotong royong penduduk sepertimana yang dipersetujui dalam meeting AJK.
MPSJ akan memberi satu tarikh sesuai kerana:
1. Pokok yang berada di tebing aparment itu besar.
2.MPSJ kena merujuk perkara ini kepada bahagian aduan, kerana kawasan ini di luar taman perumahan.(kawasan public)

Sila ke url http://tamanpuncak.tripod.com/gotong_royong_23.11.pdf .untuk melihat surat permohonan saya.

-s.u-

Saturday, November 1, 2008

Cadangan penduduk tentang masalah parking

Saya ada menerima cadangan dari beberapa penduduk tentang bagaimana untuk mengatasi masalah parking terutama di blok B5/B6 .Saya dimaklumkan masalah parking di blok tersebut sangat kritikal kerana parking mereka telah digunakan oleh penghuni terutama dari blok B4/B5.
Antara cadangan mereka ialah.

1. Membuat tembok setinggi 5kaki dekat rumah sampah.(sila rujuk pelan susunatur parking)
Kepentingan tembok ini adalah untuk,
-mendidik penghuni dari blok bawah, supaya parking di kawasan masing-masing.
-Masalah parking motorsikal dalam bangunan . Diharap pemilik motorsikal tidak pentingkan diri sendiri. Saya lihat banyak tempat parking motosikal kosong.
-Pembuangan sampah di rumah sampah.

2.Membuat parking tambahan dekat tangga dengan meratakan divider.




Foto dibawah mengambarkan tentang masalah parking yang berlaku di blok b5/b6. Tak kurang juga yang bergaduh tentang masalah ini.