Thursday, March 26, 2009

Penggunaan stiker kenderaan bermula hari ini

PERHATIAN! Kepada penduduk yang telah mengambil stiker kenderaan, sila lekatkan di cermin kereta anda. Kereta yang tidak mempunyai stiker tidak dibenarkan masuk melainkan setelah menulis buku log di pondok pengawal. Penguatkuasaan sepenuhnya akan dibuat pada APRIL 2009. s.u

Friday, March 20, 2009

Perancangan persatuan tahun 2009

Saya ingin merujuk kepada undang-undang penubuhan fasa 4 berkenaan tujuan penubuhan.
1) Menyatukan penduduk.
Penyatuan penduduk biasanya melalui aktiviti seperti gotong royong, sambutan perayaan dan sebagainya. Memandangkan pangsapuri kita tidak mempunyai kemudahan seperti dewan orangramai, surau dan sebagainya maka agak sukar bagi kita untuk menyatupadukan penduduk melalui aktiviti tersebut selain dari gotongroyong.

(2) Mengawas keamanan dengan mewujudkan sesuatu langkah keselamatan.
Kita telah menwujudkan suatu langkah keselamatan dengan menggunakan sistem pelekat kenderaan dan sekarang dalam proses perlaksanaan. Ini merupakan tujuan asal penubuhan persatuan pada tahun 2007 dahulu.

(3) Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli pertubuhan.
Untuk tujuan ini, kita terpaksa tangguhkan dahulu kerana ajk perlu memberi tumpuan pada perlaksanaan sistem pelekat kenderaan. Untuk sambutan hari perayaan pula ianya bergantung kepada kewangan dan komitmen ajk.

(4) Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak kerajaan, swasta dan pemaju perumahan dalam menyelesaikan masalah berbangkit.
Kita telah menjalankan tugas ini setakat yang termampu. Contohnya seperti masalah sampah haram telah diselesaikan.

(5) Menerima sumbangan(derma) dan menjalankan aktiviti-aktiviti mengisi tabung.
Kita boleh membuat kutipan derma pada setiap bulan. Sebagai contoh untuk membina pagar yang mana sebahagian kos perlu di tampung oleh penduduk dan YTL.

Antara aktiviti yang boleh dibuat untuk mengisi tabung seperti senam rabik/poco-poco, sukaneka dan sebagainya yang difikirkan dapat mengisi tabung persatuan.
Buat masa sekarang persatuan menawarkan khidmat iklan didalam blogspot dengan harga rm50 untuk satu tahun.

Apa pandangan anda?

Sunday, March 8, 2009

Mesyuarat Agong kali ke 2

Mesyuarat agong kali ini berjalan lancar. Namun begitu tetamu jemputan seperti wakil YTL dan MPSJ tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.Ada sedikit kemajuan tentang kehadiran berbanding tahun sebelumnya. Para AJK memohon maaf atas segala kelemahan yang berlaku dan kami berazam akan memperbaiki segala kelemahan tersebut. >>lagi>>

Monday, March 2, 2009

SISTEM LETAK KERETA PERPELEKAT(STIKER)

PELEKAT KERETA PERTAMA (1ST car stiker)
1. Pelekat pertama akan diberikan secara percuma kepada setiap unit rumah samada pemilik atau penyewa.
2. Penghuni boleh mendapatkan pelekat pertama dari unit rumah yang tidak berpenghuni dengan mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik tersebut. (Borang boleh didapati dari setiausaha)

PELEKAT KERETA KEDUA (2nd car stiker)
1. Bayaran untuk pelekat kereta kedua adalah seperti berikut:
a) Ahli persatuan yang mendaftar dan membayar yuran ahli pada tahun 2009 – PERCUMA
b) Bukan ahli persatuan – RM20
2. Pelekat kereta kedua terhad untuk satu(1) unit rumah sahaja.
3. Pelekat kereta kedua hanya untuk petak VISITOR secara gunasama atau ”first come first serve”.
4. Petak VISITOR tambahan telah disediakan di sepanjang jalan masuk pangsapuri.

PELEKAT MOTORSIKAL
1. Setiap pelekat motorsikal akan dikenakan RM5 sahaja.
2. Motosikal hendaklah di letakkan di tempat parkir yang disediakan dan TIDAK DIBENARKAN meletak didalam bangunan.

SYARAT-SYARAT AM PENGUNAAN PELEKAT KENDERAAN
1. Pindahmilik pelekat kenderaan TIDAK DIBENARKAN.
2. Pelekat gantian akan diberikan atas sebab-sebab berikut:
a. Rosak atau pudar (bukan disebabkan kecuaian)
b. Hilang kenderaan(Sila kemukakan salinan report polis)
c. Pemilik atau penyewa baru yang berpindah rumah.
d. Pertukaran kenderaan baru.
**Setiap gantian pelekat akan dikenakan harga kos stiker iaitu sebanyak rm5

3. Kehilangan pelekat kenderaan kerana cuai akan dikenakan bayaran RM12. Jika penghuni berpindah rumah, pengunaan pelekat kenderaan akan TERBATAL.Pelekat itu hendaklah diserahkan kepada persatuan dengan segera.

TINDAKAN MENGUNCI TAYAR
Mengunci tayar merupakan langkah terakhir pihak pengurusan dalam menangani masalah parkir. Namun begitu tindakan mengunci tayar akan dibuat berdasarkan ADUAN PENDUDUK seperti:
1. Pemilik pelekat pertama yang menyalahgunakan tempat parking VISITOR. Contoh: Pelekat kenderaan pertama dari Blok B4 yang meletak kenderaan di petak visitor B5, sedangkan tempat parking mereka di Blok B4 dibiarkan kosong.
2. Aduan jiran keatas kenderaan yang membuat “double parking” kerana menghalang laluan kereta.
3. Penghuni yang telah berpindah tetapi masih menggunakan pelekat kenderaan untuk meletak kereta di kawasan Pangsapuri.
4. Atas sebab-sebab munasabah yang difikirkan perlu.

Kompaun RM 50 dikenakan kepada mereka yang engkar.



Sebarang pindaan tertakluk kepada persetujuan diantara Pengurusan Bangunan(YTL), Persatuan Penduduk dan Pihak Keselamatan