Saturday, May 9, 2009

PENGUATKUASAAN SISTEM KUNCI KERETA DAN MOTOSIKAL

Antara aduan penduduk tentang penguatkuasaan sistem berpelekat antaranya ialah;
1.Pemilik pelekat pertama yang tidak meletak kenderaan di petak yang disediakan atau meletak kenderaan di petak orang lain.
2.Penduduk yang tidak mengambil stiker tetapi bebas meletak kenderaan dimana-mana.
3.Ada penduduk yang tidak memulangkan pas sementara(pas visitor untuk kereta pelawat)
4.Motorsikal masih parking didalam bangunan.
5.Ada dikalangan penduduk yang tidak mahu berkerjasama iaitu tidak mahu mengambil stiker.
6.Penduduk dari blok B4 meletak kenderaan di Blok B5

AJK telah membuat keputusan sebulat suara dalam mesyuarat AJK pada 8.5.09 iaitu;
1.Pas pelawat hanya boleh digunakan sebelum pukul 12.oo malam sahaja.Selepas tempoh itu kenderaan tersebut akan dikunci, bayaran buka kunci sebanyak rm50. Penduduk yang mempunyai kereta ketiga wajib meletakkan kenderaan masing-masing di luar pangsapuri.
2.Pemilik stiker pertama(warna oren) yang tidak meletak kenderaan di petak yang disediakan akan diberi notis pemberitahuan sebelum tindakan kunci dilakukan.
3.AJK akan menampal memo untuk menyatakan motosikal tidak dibenarkan meletak kenderaan dalam bangunan.
4.Kereta yang menggunakan pelekat kedua boleh parking dimana-mana petak visitor. Tindakan mengunci tayar tidak boleh diambil.

PERLU DINGATKAN PENGUATKUASAAN KUNCI KERETA/MOTOR ADALAH DIBAWAH UNDANG-UNDANG SEKURITI. SEGALA ADUAN TIDAKPUASHATI HENDAKLAH MERUJUK KEPADA PIHAK SEKURITI.

Tuesday, May 5, 2009

Palang guard patah lagi

4.5.09 Palang guard telah dilanggar oleh sebuah jeep pd pukul 6.30 ptg semalam. Kerja-kerja baikpulih terpaksa dilakukan oleh ajk pada ahad ini(10.5.09) Buat sementara palang itu dibiarkan terbuka. Mesyurat bulanan ajk pada jumaat ini 8.5.09 pukul 9.30 malam.
Tq s.u