Sunday, January 27, 2013

Laporan Perjumpaan penduduk apartment puncak kinrara 27-01-2013

Laporan Perjumpaan penduduk apartment puncak kinrara
Tarikh 27-01-2013, Masa 9pagi bertempat Taman Permainan Kanak-kanak B5/B6
Kehadiran : 20 orang


Pukul 9.00 pagi
Pukul 9.30 pagi
Pukul 10.00pagi hingga 12.00 tengahari
2-Tan Bee Suan B6-4-8
3- Shai Gian Wei B6-3-8
4-Peh Moy Nee B6-3-4
5-Khairy b4-1-4
Berikut adalah teks ucapan yang dibaca oleh setiausaha dalam majlis perjumpaan tersebut.
1.Pengurus unit migrasi Syabas(En Krishnamoorthi)
2.Pemaju perumahan YTL(En Jega)
3.Persatuan penduduk(S.U En Ruzlan)

-AJK menyiapkan tempat.

-Pengumuman dibuat beberapa kali supaya penduduk turun menyertai majlis. Kehadiran penduduk sangat kurang kerana tarikh perjumpaan bertembung dengan cuti thaipusam. Ramai penduduk yang balik kampung.

-AJK masih menunggu kehadiran penduduk.


-Program diteruskan walaupun tidak ramai penduduk yang hadir.

-Pengerusi En Zulkifli menerangkan secara ringkas tujuan perjumpaan dan tugas persatuan penduduk.
-En Ruzlan membacakan teks agenda perjumpaan.
-En Azri dan azmi menerangkan tentang keselamatan dan perlunya kerjasama penduduk dalam menjaga hal-hal keselamatan bersama.








.
Sessi dialog, cadangan dan komen.
1-Yee Chee Wah dari B1-4-6
-Nombor di petak parking yang tidak jelas
Jawapan:Perkara ini akan diajukan kepada pemaju (YTL)

-Belum menerima strata (m.o.t)

Jawapan: Tuan diminta menghubungi peguam yang membuat S&P atau boleh menghubungi hotline LPHS di talian 03-5544 750 untuk mengetahui lebih lanjut apa yang perlu dibuat secara individu.

-Lampu jalan yang lama rosak di blok b6

-Tong sampah melimpah
-Banyak kucing liar
Jawapan: Lampu jalan yang dimaksudkan sudah banyak kali diajukan kepada mr david. Seperti biasa alasan yang kita terima "tiada tangga".
Kucing liar boleh dibuat aduan dengan MPSJ dengan menghubungi talian waktu bekerja 03-8024 7700 hotline diluar waktu bekerja 03-5637 6545MPSJ akan memberi sangkar untuk dikutip oleh mereka pada keesokan harinya. Perkara ini boleh dibuat oleh penduduk dan tidak semestinya oleh AJK.

-Pokok-pokok di sebelah blok 6 perlu ditebang kerana sudah ranting sudah sampai ke tingkap rumah. Beliau bimbang dimasuki ular

Jawapan: AJK akan mencari waktu sesuai untuk membuat gotoroyong dengan kerjasama MPSJ

-Parking visitor tidak ikut blok terutama dari blok b1&b2. Perlu tindakan segera

-Mahu mengurangkan bayaran sekuriti kepada rm30
-Sekuriti tidak memakai unifom
Jawapan: AJK berusaha yang terbaik tetapi perlu kerjasma penduduk. Tentang yuran sekuriti, setakat ini AJK belum lagi jumpa satu syarikat yang boleh menawarkan harga dibawah rm5.00 sejam dengan pekerja tempatan. Kalau ada yang berharga rm4/sejam kesemua adalah pekerja asing yang tidak fasih berbahasa melayu.
Didalam perjanjian baru dengan sekuriti, kita terpaksa mengurangkan jumlah sekuriti menjadi  2malam, 1 siang dengan harga rm5819 dengan anggaran pembayaran oleh penduduk diantara 75-80%. Lebihan yuran yang dikutip akan dimasukkan kedalam tabung persatuan.



Perjumpaan penduduk Pangsapuri Taman Puncak Kinrara fasa B
Tarikh/Masa/Tempat : 27-01-2013 Pukul 9 Pagi, Taman permainan Kanak-kanak B5/B6
Agenda:
1-Penubuhan MC( Perbadanan Pengurusan atau Management Corporation)
2-Migrasi air individu untuk mendapatkan 20ml air percuma.
3-Hakmilik strata
4-Keselamatan
5-Kebersihan dan lain-lain

Persatuan penduduk telah menghadiri satu mesyuarat dengan kerajaan negeri dibawah Lembaga perumahan dan hartanah selangor untuk membincangkan tentang masalah migrasi air individu, penubuhan MC dan hakmilik strata.
Mesyuarat tersebut dibuat pada 06 Disembar 2012, 9.30 pagi di tingkat 11, bangunan darul ehsan, Shah Alam yang dihadiri oleh
1-En Norhafiz bin Nordin-Unit pesuruhjaya bangunan(COB)MPSJ
2-En Krishnamoorthi-Syarikat bekalan air selangor(Pengurus unit migrasi Syabas)
3-Pn Mufidah - Ketua penolong pengarah pengurusan unit strata lembaga perumahan dan hartanah selangor
4-En Sharuddin b. Ismail -Pegawai undang-undang LPHS
5-En Zulkefli -Pengerusi persatuan penduduk
6-En Ruzlan -Setiausaha persatuan penduduk
7-En Zariman -AJK persatuan penduduk
8-En Azmi Kasim -AJK persatuan penduduk
Tidak hadir
1-En Jega -YTL. (Ada urusan yang tidak dapat dielakan)
2-Adun Kinrara, YB Teresa kok (Ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan)

PENUBUHAN MC
1-Kenapa pentingnya MC?
-AJK yang dilantik penduduk mempunyai kuasa penuh dalam menguruskan kewangan dan penyelengaraan bangunan mengikut undang-undang seperti yang termaktub dalam sale and purchase agreenent(S & P)

-Dengan adanya jmb/mc kita boleh memohon skim ceria(Caring government for Residence Improvements Aid) yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk membaikpulih pangsapuri berharga dibawah 100ribu seperti membuat pagar, pusat komoniti, cat bangunan dan sebagainya.

-Skim ceria adalah berkonsepkan perkongsian penduduk dengan kerajaan neger selangor dengan kadar MC 40% dan kerajaan 60%. Contoh: jika kos pagar & pusat komuniti berharga rm100 ribu, JMB perlu mengeluarkan wang sebanyak RM40. Permohonan boleh dibuat setiap tahun dan akan di nilai bergantung kepada keutamaan.

2-Kenapa kita perlu menubuhkan MC dan bukan JMB
-Tempoh penubuhan JMB(Pengurusan Bersama atau Joint Management Body) adalah sebelum strata dikeluarkan oleh pemaju dibawah akta 663 yang berkuatkuasa 12 April 2007.

-Oleh kerana strata(M.O.T) sudah dikeluarkan, akta 663 terbatal dan perlu diganti dengan penubuhan MC (Perbadanan Pengurusan atau Management Corporation)dibawah dibawah Akta 318(akta hakmilik strata)


3-Kenapa pangsapuri kita tidak dapat menubuhkan JMB?
Kita dimaklumkan oleh YTL melalui surat yg diedar pada 17-3-2008(ditampal pada papan kenyataan) menyatakan
mereka akan menubuhkan MC dan bukan JMB atas alasan menunggu hakmilik strata. Alasan YTL yg mengatakan tidak dapat menubuhkan jmb sebenarnya telah melanggar akta 663. Persatuan penduduk tidak menyedari hal ini kerana tidak ada sesiapa yang memberi information.

-Setelah kita menunggu sekian lama hakmilik strata, pengerusi dan setiausaha persatuan penduduk pergi membuat semakan di pejabat tanah pada bulan disember 2010. Hasil dari semakan tersebut, pejabat tanah sudahpun meluluskan hakmilik pada tahun 2006 lagi, tetapi oleh kerana YTL mempunyai tunggakan cukai tanah , M.O.T (memorandum of trasfer) tidak dapat dibuat kepada pemilik rumah.

-Pada 31 okt 2011 MOT(memorandum of trasfer) telah dikeluarkan oleh pejabat peguam Kamarudin & Partners untuk pemindahan hakmilik strata.

3-Apakah syarat penubuhan MC
-Sekurang-kurangnya 25% atau 1/4 daripada 240 unit rumah membayar strata. Ini bermakna kita memerlukan sekurang-kurangnya 60 pemilik membayar strata.

-Semakan yang dibuat oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor(LPHS) di pejabat tanah sehingga disember 2012 mendapati hanya 35 orang sahaja yang sudah dipindah milik. Kita memerlukan 25 orang sahaja lagi untuk melayakkan penubuhan MC.

HAKMILIK STRATA
1-Kenapa Pemilik rumah perlu berusaha menjelaskan bayaran hakmilik strata.
-Hakmilik Strata adalah sama pentingnya dengan Hakmilik Tanah dan ianya satu-satunya geran/ dokumen/ bukti pemilikan petak.
-Jika hakmilik strata tidak dibuat pemilik rumah akan menghadapi masalah dalam urusan pindahmilik, gadaian, cagaran & pembahagian pesaka.

-Pemindahan hakmilik strata tidak perlu menunggu sehingga bayaran bank dilunaskan, kerana ianya hanya melibatkan pertukaran nama daripada pemaju kepada nama pembeli rumah.

-Kadar bayaran hakmilik strata yang dikenakan kepada pemilik oleh peguam bergantung kepada jumlah hutang bank dan nilai rumah semasa.

-HOTLINE : 03-5544 7650 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk menyemak status hakmilik.

MIGRASI AIR INDIVIDU
1-Permohonan migrasi air oleh pemaju.
-Satu pertemuan diantara Syabas, Pemaju dan Persatuan penduduk telah dibuat pada 10.01.2013 di Tingkat 17 Wisma Goshen , pukul 11 pagi, dimana pihak pemaju bersetuju untuk memohon migrasi air dan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh syabas.

-YTL akan memeriksa jenama dan no siri meter air di setiap rumah untuk tujuan permohonan migrasi(Syarat dari Syabas.

-Persatuan penduduk akan membuat laporan bertulis kepada LPHS, jika pemahu enggan atau sengaja melambatkan proses permohonan tersebut.

-Antara mereka yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah

2-Carta migrasi oleh syabas
Selepas permohonan diproses iaitu dalam tempoh 2 minggu, syabas akan:-

a)Memeriksa meter & paip dan akan tukar kepada yang baru jika difikirkan perlu.
b)Meneliti apa-apa tunggakan air yang belum dijelaskan oleh pemaju dengan pihak syabas.
c)Tunggakan air sebelum migrasi adalah dibawah tanggungjawap pemaju/MC
d)Syabas akan memaklumkan kepada pemilik untuk membayar deposit meter individu sebanyak rm130 setiap unit rumah.


3-Berapakah kadar air sekarang
Untuk makluman kadar tarif air sekarang seperti berikut.

Meter Pukal : RM1.38 semeter padu samarata.
Meter individu :0 - 20 meter padu 0.57 , 20-35 meter padu RM 1.03 , melebihi 35 meter padu RM 2.00, Bayaran Minima Sebulan RM 6.00 dan Percuma dibawah program kerajaan selangor untuk 20ml pertama.

KESELAMATAN
1-Perkhidmatan sekuriti dibuat oleh persatuan diatas persetujuan majoriti pernduduk(melalui undian tangan) dalam mesyuarat agung kali ke-1 pada 16-03-2008

2-Khidmat sekuriti pertama telah dimulai pada 1 jan 2009 dan kamudian dihentikan pada disember 2009. Selepas beberapa siri kecurian bahagian kereta seperti rim, tayar dan sebagainya pada 25-7-2010,26-7-2010 dan 27-7-2010.
perkhidmatan sekuriti disambung semula untuk kali kedua pada 1september 2010
Setahun kamudian syarikat tersebut tidak menyambung kontrak dan disambung dengan syarikat sekuriti yang ada sekarang.(Asraf security) pada May 2011.

3-Perkhidmatan sekuriti pangsapuri taman puncak kinrara tertakluk dengan garispanduan “gated community (GC) ” yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan 2010 dimana Akta Hakmilik Strata(2007) membolehkan persatuan penduduk/jmb/mc di pangsapuri menguruskan perkhidmatan sekuriti mengikut garispanduan(sop) yg dipersetujui.

4-Jumlah pembayar sekuriti adalah sekitar 70-80%. Oleh itu pihak sekuriti terpaksa mengurangkan jumlah sekuriti menjadikan 3 orang. Kontrak baru bermula pada Jan 2013 sebanyak Rm5819.40 sebulan. Persatuan penduduk memberi kuasa kepada wakil sekuriti untuk mengutip bayaran tersebut untuk diserahkan kepada bendahari dari masa ke semasa. Lebihan kutipan(Jika ada) akan dimasukkan kedalam akaun persatuan penduduk.

5-Pengurusan sekuriti akan dibuat oleh MC bila ia ditubuhkan nanti. Keputusan untuk membubarkan persatuan penduduk akan diputuskan didalam mensyuarat MC kali pertama.


Disediakan oleh Ruzlan bin Mohd Zin(Setiausaha)


Kami mengalu-alukan komen anda. Terima kasih

Thursday, January 10, 2013

Perbincangan Migrasi air 10.01.2013

Susulan daripada mesyuarat membincangkan masalah penyelenggaraan dan pengurusan Pangsapuri Taman Puncak kinrara fasa B pada 6 disember 2012 di LPHS, saya telah membuat satu temujanji diantara

1.Pengurus unit migrasi Syabas(En Krishnamoorthi)
2.Pemaju perumahan YTL(En Jega)
3.Persatuan penduduk(S.U En Ruzlan)

Agenda: Permohonan Migrasi air individu
Tarikh :10.01.2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat: Tingkat 17 Wisma Goshen.

Pihak pemaju bersetuju untuk memohon migrasi air dan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh syabas.
Pemaju perlu menulis maklumat meter seperti jenama, bila dipasang dan sebagainya untuk rekod pihak syabas. Selepas itu baru syabas datang memeriksa meter samada perlu ditukar baru atau tidak.

Perbincangan  selesai pada pukul 11.30 pagi