Sunday, December 27, 2009

Khidmat Sekuriti akan dihentikan buat sementara

Bermula Jan 2010 Kawalan Sekuriti akan dihentikan dan akan disambung semula setelah beberapa masalah dapat diselesaikan. Bayaran untuk penyelenggaraan adalah seperti dahulu iaitu sebanyak Rm50 sebulan.

Apa yang dapat saya rumuskan adalah,
1. Lebih 30% penduduk tidak membayar yuran penyelengaraan dan bukan semua
penduduk mahukan servis sekuriti.
2. Kualiti perkhidmatan sekuriti tidak memuaskan. Untuk menukar kepada syarikat sekuriti yang lebih baik memerlukan kos yang tinggi iaitu kira-kira rm7000-8000 sebulan.
3. Tidak ada kes-kes kehilangan kenderaan yang diterima ketika adanya khidmad sekuriti.(jan-dec 2009)
4. Terdapat juga kes-kes pecah kereta dan pecah rumah terutama ketika musim perayaan, tetapi berkurangan berbanding sebelum ada sekuriti.
5. Masalah parking kereta akan bertambah selepas tiadanya sekuriti.
6. Srata title tidak akan dikeluarkan selagi pemilik rumah tidak membayar tunggakan yuran penyelengaraan.
7. Persatuan dan penduduk akan mencari alternetif lain dalam mengurangkan masalah kecurian seperti pemasangan cctv dan pagar.

Friday, December 11, 2009

Kos Penyelenggaraan Tinggi Punca Masalah Flat

KUALA LUMPUR - Bayaran penyelenggaraan tinggi yang dikenakan ke atas penduduk rumah flat menjadi punca pelbagai masalah seperti kekotoran dan paip pecah. Timbalan Setiausaha Parti Sosialis (PSM) Rasiah Rani berkata, adalah tidak munsabah penduduk flat dikenakan pelbagai caj menyebakan keseluruhan bayaran setahun melebihi rumah teres kos rendah, sederhana dan serni-D.

"Sebagai contoh, kita menerima aduan daripada penduduk flat Seri Perantau Port Klang, bayaran penyelenggaraannya RM55.00 sebulan dan cukai taksiran sebanyak RM148.00 setahun.

"Jika dikira, jumlahnya RM808.00 setahun berbanding rumah teres yang hanya dikenakan cukai taksiran sahaja lebih kurang RM300.00 saja", katanya.Menurutnya, sebagai langkah penyelesaian kerajaan perlu mengambilalih perumahan daripada pemaju serta mengenakan
satu bayaran sahaja.

"Bila yuran penyelenggaraan tinggi dan membebankan penduduk ia menyukarkan sendiri pihak pengurusan untuk menyelengarakan flat tersebut," katanya.
Dalam sidang akhbar tersebut, sebahagian penduduk daripada pelbagai flat di seluruh negara turut hadir bagi menyatakan hasrat mereka kepada ahli Perlimen
Sungai Siput Jeyakumar Devaraj. Menurut Jeyakumar, beliau akan mengusul masalah penduduk tersebut pada sesi berbahasan Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Sempatan (KPKT).

(Di petik dari akhbar sinar Harian 11.12.09)

Saturday, May 9, 2009

PENGUATKUASAAN SISTEM KUNCI KERETA DAN MOTOSIKAL

Antara aduan penduduk tentang penguatkuasaan sistem berpelekat antaranya ialah;
1.Pemilik pelekat pertama yang tidak meletak kenderaan di petak yang disediakan atau meletak kenderaan di petak orang lain.
2.Penduduk yang tidak mengambil stiker tetapi bebas meletak kenderaan dimana-mana.
3.Ada penduduk yang tidak memulangkan pas sementara(pas visitor untuk kereta pelawat)
4.Motorsikal masih parking didalam bangunan.
5.Ada dikalangan penduduk yang tidak mahu berkerjasama iaitu tidak mahu mengambil stiker.
6.Penduduk dari blok B4 meletak kenderaan di Blok B5

AJK telah membuat keputusan sebulat suara dalam mesyuarat AJK pada 8.5.09 iaitu;
1.Pas pelawat hanya boleh digunakan sebelum pukul 12.oo malam sahaja.Selepas tempoh itu kenderaan tersebut akan dikunci, bayaran buka kunci sebanyak rm50. Penduduk yang mempunyai kereta ketiga wajib meletakkan kenderaan masing-masing di luar pangsapuri.
2.Pemilik stiker pertama(warna oren) yang tidak meletak kenderaan di petak yang disediakan akan diberi notis pemberitahuan sebelum tindakan kunci dilakukan.
3.AJK akan menampal memo untuk menyatakan motosikal tidak dibenarkan meletak kenderaan dalam bangunan.
4.Kereta yang menggunakan pelekat kedua boleh parking dimana-mana petak visitor. Tindakan mengunci tayar tidak boleh diambil.

PERLU DINGATKAN PENGUATKUASAAN KUNCI KERETA/MOTOR ADALAH DIBAWAH UNDANG-UNDANG SEKURITI. SEGALA ADUAN TIDAKPUASHATI HENDAKLAH MERUJUK KEPADA PIHAK SEKURITI.

Tuesday, May 5, 2009

Palang guard patah lagi

4.5.09 Palang guard telah dilanggar oleh sebuah jeep pd pukul 6.30 ptg semalam. Kerja-kerja baikpulih terpaksa dilakukan oleh ajk pada ahad ini(10.5.09) Buat sementara palang itu dibiarkan terbuka. Mesyurat bulanan ajk pada jumaat ini 8.5.09 pukul 9.30 malam.
Tq s.u

Sunday, April 5, 2009

Memasang Notis Mengunci Kenderaan


Ajk telah membuat satu notis mengunci tayar kenderaan didepan pintu masuk utama supaya penduduk dan pelawat tidak meletak kenderaan sesuka hati.Notis peringatan ini dibuat setelah ajk bermesyarat pada 27.3.09 >>lagi>>

Thursday, March 26, 2009

Penggunaan stiker kenderaan bermula hari ini

PERHATIAN! Kepada penduduk yang telah mengambil stiker kenderaan, sila lekatkan di cermin kereta anda. Kereta yang tidak mempunyai stiker tidak dibenarkan masuk melainkan setelah menulis buku log di pondok pengawal. Penguatkuasaan sepenuhnya akan dibuat pada APRIL 2009. s.u

Friday, March 20, 2009

Perancangan persatuan tahun 2009

Saya ingin merujuk kepada undang-undang penubuhan fasa 4 berkenaan tujuan penubuhan.
1) Menyatukan penduduk.
Penyatuan penduduk biasanya melalui aktiviti seperti gotong royong, sambutan perayaan dan sebagainya. Memandangkan pangsapuri kita tidak mempunyai kemudahan seperti dewan orangramai, surau dan sebagainya maka agak sukar bagi kita untuk menyatupadukan penduduk melalui aktiviti tersebut selain dari gotongroyong.

(2) Mengawas keamanan dengan mewujudkan sesuatu langkah keselamatan.
Kita telah menwujudkan suatu langkah keselamatan dengan menggunakan sistem pelekat kenderaan dan sekarang dalam proses perlaksanaan. Ini merupakan tujuan asal penubuhan persatuan pada tahun 2007 dahulu.

(3) Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli pertubuhan.
Untuk tujuan ini, kita terpaksa tangguhkan dahulu kerana ajk perlu memberi tumpuan pada perlaksanaan sistem pelekat kenderaan. Untuk sambutan hari perayaan pula ianya bergantung kepada kewangan dan komitmen ajk.

(4) Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak kerajaan, swasta dan pemaju perumahan dalam menyelesaikan masalah berbangkit.
Kita telah menjalankan tugas ini setakat yang termampu. Contohnya seperti masalah sampah haram telah diselesaikan.

(5) Menerima sumbangan(derma) dan menjalankan aktiviti-aktiviti mengisi tabung.
Kita boleh membuat kutipan derma pada setiap bulan. Sebagai contoh untuk membina pagar yang mana sebahagian kos perlu di tampung oleh penduduk dan YTL.

Antara aktiviti yang boleh dibuat untuk mengisi tabung seperti senam rabik/poco-poco, sukaneka dan sebagainya yang difikirkan dapat mengisi tabung persatuan.
Buat masa sekarang persatuan menawarkan khidmat iklan didalam blogspot dengan harga rm50 untuk satu tahun.

Apa pandangan anda?

Sunday, March 8, 2009

Mesyuarat Agong kali ke 2

Mesyuarat agong kali ini berjalan lancar. Namun begitu tetamu jemputan seperti wakil YTL dan MPSJ tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.Ada sedikit kemajuan tentang kehadiran berbanding tahun sebelumnya. Para AJK memohon maaf atas segala kelemahan yang berlaku dan kami berazam akan memperbaiki segala kelemahan tersebut. >>lagi>>

Monday, March 2, 2009

SISTEM LETAK KERETA PERPELEKAT(STIKER)

PELEKAT KERETA PERTAMA (1ST car stiker)
1. Pelekat pertama akan diberikan secara percuma kepada setiap unit rumah samada pemilik atau penyewa.
2. Penghuni boleh mendapatkan pelekat pertama dari unit rumah yang tidak berpenghuni dengan mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik tersebut. (Borang boleh didapati dari setiausaha)

PELEKAT KERETA KEDUA (2nd car stiker)
1. Bayaran untuk pelekat kereta kedua adalah seperti berikut:
a) Ahli persatuan yang mendaftar dan membayar yuran ahli pada tahun 2009 – PERCUMA
b) Bukan ahli persatuan – RM20
2. Pelekat kereta kedua terhad untuk satu(1) unit rumah sahaja.
3. Pelekat kereta kedua hanya untuk petak VISITOR secara gunasama atau ”first come first serve”.
4. Petak VISITOR tambahan telah disediakan di sepanjang jalan masuk pangsapuri.

PELEKAT MOTORSIKAL
1. Setiap pelekat motorsikal akan dikenakan RM5 sahaja.
2. Motosikal hendaklah di letakkan di tempat parkir yang disediakan dan TIDAK DIBENARKAN meletak didalam bangunan.

SYARAT-SYARAT AM PENGUNAAN PELEKAT KENDERAAN
1. Pindahmilik pelekat kenderaan TIDAK DIBENARKAN.
2. Pelekat gantian akan diberikan atas sebab-sebab berikut:
a. Rosak atau pudar (bukan disebabkan kecuaian)
b. Hilang kenderaan(Sila kemukakan salinan report polis)
c. Pemilik atau penyewa baru yang berpindah rumah.
d. Pertukaran kenderaan baru.
**Setiap gantian pelekat akan dikenakan harga kos stiker iaitu sebanyak rm5

3. Kehilangan pelekat kenderaan kerana cuai akan dikenakan bayaran RM12. Jika penghuni berpindah rumah, pengunaan pelekat kenderaan akan TERBATAL.Pelekat itu hendaklah diserahkan kepada persatuan dengan segera.

TINDAKAN MENGUNCI TAYAR
Mengunci tayar merupakan langkah terakhir pihak pengurusan dalam menangani masalah parkir. Namun begitu tindakan mengunci tayar akan dibuat berdasarkan ADUAN PENDUDUK seperti:
1. Pemilik pelekat pertama yang menyalahgunakan tempat parking VISITOR. Contoh: Pelekat kenderaan pertama dari Blok B4 yang meletak kenderaan di petak visitor B5, sedangkan tempat parking mereka di Blok B4 dibiarkan kosong.
2. Aduan jiran keatas kenderaan yang membuat “double parking” kerana menghalang laluan kereta.
3. Penghuni yang telah berpindah tetapi masih menggunakan pelekat kenderaan untuk meletak kereta di kawasan Pangsapuri.
4. Atas sebab-sebab munasabah yang difikirkan perlu.

Kompaun RM 50 dikenakan kepada mereka yang engkar.



Sebarang pindaan tertakluk kepada persetujuan diantara Pengurusan Bangunan(YTL), Persatuan Penduduk dan Pihak Keselamatan

Friday, February 27, 2009

Sumbangan kuih-muih untuk AGM pada 8.3.09

Persatuan kita kekurangan dana untuk menyediakan makan-minum untuk Mesyuarat Agong pada 8.3.09. Oleh itu penduduk yang ingin menyumbang kuih-muih boleh menghubungi sdr Zariman blok b5-1-1 tel: 012-0122367206. Atau sumbangan anda boleh dihantar terus ke tempat mesyuarat(Tempat letak kereta B1) pada hari mesyuarat. Minuman akan disediakan oleh persatuan.

Thursday, February 12, 2009

Pencuri bolos tujuh pengawal

MELAKA – Pengawal yang bertugas di kuarters Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini ada tujuh orang, tetapi peliknya kawalan bangunan itu masih boleh dibolosi pencuri dalam kejadian pukul 7.45 pagi kelmarin. >>lagi>>
Apa komen anda?

Wednesday, February 11, 2009

Masalah sampah haram di MalayMail dan Sinar Harian

Usaha Persatuan dan penduduk membawa masalah ini kepada pihak media akhirnya mendapat perhatian dari ahli majlis MPSJ iaitu En. Cheah Sang Soon. MPSJ memberi jaminan mereka akan membersihkan serta mencantikkan kawasan tersebut dan meletakan papan tanda agar mereka tidak membuang sampah lagi disini. Sila lihat keratan Malaymail /file pdf dan keratan akhbar sinar harian(16.2.09)

Sunday, January 18, 2009

Aduan pembuangan sampah haram

Saya telah membuat aduan tentang perkara tersebut kepada MPSJ pada 18.1.09. Tuan puan boleh melihat melalui http://tamanpuncak.tripod.com/01-09_aduan_sampah_mpsj.pdf
Kita lihat apa tindakan MPSJ seterusnya. Saya mengalu-alukan AJK ajukan masalah ini kepada pihak media atau karam sing walia TV3 atau wakil rakyat.
-s.u-