Saturday, August 6, 2011

Pembersihan semak oleh MPSJ pada 6 Ogos 2011

Kerja-kerja pembersihan semak dibelakang Blok B5/B6 oleh Kontraktor MPSJ telah dijalankan pada 6-8-11/Sabtu, berikutan dari aduan yang dibuat oleh persatuan dan YTL. Penduduk merasa lega-seleganya kerana sebelum ini terdapat banyak ular dan binatang bisa yg meyelinap masuk kedalam rumah penduduk.
Beberapa orang penduduk sedang memerhati kerja-kerja yg dibuat.


Sunday, May 8, 2011

YURAN SEKURITI


Setiap bulan kita hanya mampu mengutip +- rm 3000 sebulan dan hanya untuk 2 sekuriti sahaja. Jika kita tidak mahu membayar, bagaimana mereka boleh memberi perkhidmatan terbaik?

Saturday, April 9, 2011

MEMBINA SISTEM PALANG AUTOMATIK /AUTOGATE

Minit mesyuarat AJK
Tarikh dan masa 8 april 2011/9.30pm
Tempat: Pondok pengawal
Kehadiran:
1-Ruzlan,2-Zulkefli Zainuddin,3-Mohd Izwan, 4-Damiri, 5-Zulkifli Mohd Zin, 6-Mohd Isa
7-Woo Wen Yang, 8-Azmi Kasim, 9-Zariman 10-Hamzah b. Aziz

Tidak hadir:
1-Effendi b. Ramli, 2-Yasser Anwar b. Abu Bakar, 3-Looi Pey Tse, 4-Yusnaily Osman


MEMBINA SISTEM PALANG AUTOMATIK /AUTOGATE
1-AJK bersetuju memberi kebenaran kepada syarikat sekuriti untuk membina autogate. Segala kos yang berkaitan ditanggung oleh syarikat sekuriti.

2-Setelah surat perjanjian dipersetujui diantara persatuan dan sekuriti, persatuan akan mengeluarkan surat persetujuan di antara penduduk untuk ditandatangani.

Penduduk hendaklah menyerahkan surat persetujuan tersebut kepada persatuan dalam tempoh 14 hari. Kegagalan penduduk mengembalikan surat persetujuan dalam tempoh itu dianggap bersetuju untuk membina autogate.

Tujuan surat persetujuan diantara penduduk adalah untuk mendapatkan suara majoriti penduduk.

3-Persatuan akan mendapatkan surat kebenaran daripada pihak pengurusan bangunan, sebelum membina autogate.

4-Syarat-syarat lain seperti harga kad access akan di bincangkan kamudian.


Mesyuarat telah ditamatkan pukul 11.30 malam

Friday, April 8, 2011

Mesyuarat AJK 8 april 11

Mesyuarat AJK
Tarikh dan masa 8 april 2011/9.30pm Tempat: Pondok pengawal

Hasil perbincangan pada 3/4/11(ahad) antara pihak sekuriti(Krisnan & Lutchumi) dan persatuan(Zulkefli,Ruzlan & Izwan) adalah seperti berikut;

1)Masalah kutipan yuran sekuriti dimana jumlah kutipan adalah:
December 2010-rm3300, January2011-rm3210, February-rm3180 dan Mar-rm3450
***Menurut quotation kutipan hendaklah rm6000/sebulan, 4 pengawal dan rondaan.
-Kutipan berkurangan kerana sekuriti tidak menguatkuasakan sistem stiker.
-Sekuriti membuat alasan kenapa mereka tidak melaksanakan sistem stiker kerana;
a-Persatuan belum mengeluarkan surat kebenaran.
b-Tidak ada surat perjanjian peguam antara sekuriti dan persatuan.

2)Pihak sekuriti bersetuju membina autogate selepas perjanjian peguam dibuat. Draf perjanjian dibuat oleh pihak sekuriti dan kos perjanjian hendaklah ditanggung oleh persatuan.(Anggaran rm300 keatas) Kos membina autogate sekitar rm6,000-12,000.

3)Berkenaan dengan penjualan stiker.
Kos stiker dan resit adalah seperti berikut;
a)Stiker kereta Biru dan merah -rm 500
Stiker motorsikal----------------rm280
Buku resit (20 buku)------------rm200
JUMLAH ------------------------rm980

b)Hasil jualan stiker-------------------------------------rm625
Hutang resit --------------------------------------------rm200
Hutang stiker motor------------------------------------rm280
JUMLAH sekuriti kena bayar kepada persatuan-- rm145

AGENDA MESYUARAT
1.Adakah perlu membina autogate?
-Dapat menyelesaikan masalah kutipan yuran sekuriti.
-Penduduk yang tidak mempunyai kenderaan boleh meyewa petak mereka.
-Persatuan boleh menambah dana daripada lebihan yuran yang dibayar kepada sekuriti. Iaitu selepas rm6000
-Kebanyakan flet dan apartmet menggunakan autogate.
-Membincangkan kelemahan menggunakan autogate.


2- Penguatkuasaan stiker tanpa autogate.
-Persatuan kena membayar kos perjanjian guaman terlebih dahulu sebelum pelaksanaan stiker dibuat.
-Adakah kutipan yuran akan bertambah?
-Mengikut pengalaman lepas, penduduk hanya membayar pada bulan pertama sahaja.
-Menukar stiker setiap 3 bulan akan membuat penduduk bosan dan secara tidak langsung akan menambah beban AJK dan kos membuat stiker agak tinggi.

3.Menamatkan khidmad sekuriti?
-AJK dan sekuriti yang bertugas selalu dipersalahkan penduduk bila ada masalah kecurian dan sebagainya

4.Lain-lain hal.

Mesyuarat di jangka tamat pada pukul 11.30 malam.

Sunday, November 14, 2010

KEPADA PEMILIK DAN PENYEWA APARTMAN TAMAN PUNCAK KINRARA

SILA JELASKAN YURAN SEKURITI UNTUK MENGELAKKAN PERKHIDMATAN DI HENTIKAN.

JIKA PERKHIDMATAN SEKURITI DIHENTIKAN, PERSATUAN PENDUDUK TIDAK AKAN MENERUSKAN DIMASA AKAN DATANG

PERSATUAN PENDUDUK TELAH MEMINTA SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN PAGAR & GUARD HOUSE DARI WAKIL RAKYAT,PARLIMEN,YTL DAN MPSJ.

PERSATUAN PENDUDUK TELAH BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HAKMILIK STRATA. HAKMILIK STRATA TIDAK AKAN DI BERI KEPADA PEMILIK RUMAH YANG MEMPUNYAI TUNGGAKAN MAINTENANCE.


PERKHIDMATAN SEKURITI DAN HAKMILIK STRATA BOLEH MENAIKKAN NILAI HARTANAH ANDA.

Thursday, September 2, 2010

Design Stiker Baru

1-Warna stiker untuk kereta pertama berwarna biru. Setiap stiker dicetak nama blok iaitu
i)B1&B2 untuk blok B1 dan B2
ii)B3&B4 untuk blok B3 dan B4
iii)B5&b6 untuk blok B5 dan B6


Tujuan dicetak nama blok dan bukan unit rumah adalah kerana,
i)Atas-sebab-sebab keselamatan. Jika ditulis nama unit, orang luar dapat mengetahui alamat pemilik kereta berkenaan.
ii)Dapat mengenal kenderaan yang parking di blok yang salah.



2-Warna stiker untuk kereta ke-2 berwarna merah.


3-Warna stiker motosikal berwarna hijau.



Stiker Pertama

Stiker kedua

Stiker motorsikal

Wednesday, September 1, 2010

Security Guard bermula

1-Security Guard bermula pada hari ini 1-9-10. Bayaran sebanyak rm30 pada setiap awal bulan.
2-Sistem pelekat kereta akan dimulakan dalam masa terdekat.
3-Pelekat tahun 2009 akan diganti dengan yang baru. Kita akan menggunapakai sistem yang terdahulu dengan sedikit perubahan dan akan diberitahu kamudian.
4-Pelekat akan dikeluarkan hanya 2 sahaja untuk setiap unit.