Monday, December 15, 2008

Pemberitahuan tentang Security Service pada 1 jun 2009

YTL telah memaklumkan kepada penduduk tentang Security Service yang akan bermula bulan Jan 2009.
Yuran security adalah sebanyak rm25 yang akan dimasukkan kedalam yuran maintenance sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat agong ke-1 persatuan penduduk.
Surat makluman telah dihantar kepada penduduk bertarikh 1/12/08. >>sila lihat

Wednesday, December 3, 2008

Program gotong royong 30 nov 2008

Tahniah kepada penduduk yang telah menjayakan program gotong royong kali ini(kali ke 2). Penglibatan penduduk adalah seramai 20 orang dan kebanyakannya adalah ajk.
Pengumuman tarikh dibuat seminggu sebelum gotong-royong dengan menggantung banner dipondok guard. Kemudian diumumkan melalui microphone pada pagi dan petang sebelum gotong-royong. Kontraktor MPSJ menyediakan 2 tong sampah, 2 pekerja untuk memotong rumput dan 2 mesin gergaji.
Lagi>>

Friday, November 21, 2008

GOTONG ROYONG PENDUDUK

Adalah dimaklumkan satu gotong-royong akan di adakan pada
Tarikh: 30-11-08 (Ahad)
Masa: 9 pagi.
Tujuan untuk membersihkan pokok-pokok yang tumbuh di cerun jalan berdekatan Blok B6. Harap penduduk tidak keberatan. Sila berkumpul di Pondok Guard.
Penglibatan MPSJ hanya sekadar meyediakan peralatan sahaja seperti jentolak dan mesin gergaji.
-------------------------------------------------------------------
Foto dibawah diambil pada tahun 2002 iaitu semasa apartment mula-mula diduduki.

Dan ini adalah foto sekarang yang dipenuhi sampah dan semak....

Wednesday, November 12, 2008

Gotong royong bersama MPSJ

Semalam(11.11.08) saya telah berjumpa dengan pegawai MPSJ untuk meminta diadakan gotong royong penduduk sepertimana yang dipersetujui dalam meeting AJK.
MPSJ akan memberi satu tarikh sesuai kerana:
1. Pokok yang berada di tebing aparment itu besar.
2.MPSJ kena merujuk perkara ini kepada bahagian aduan, kerana kawasan ini di luar taman perumahan.(kawasan public)

Sila ke url http://tamanpuncak.tripod.com/gotong_royong_23.11.pdf .untuk melihat surat permohonan saya.

-s.u-

Saturday, November 1, 2008

Cadangan penduduk tentang masalah parking

Saya ada menerima cadangan dari beberapa penduduk tentang bagaimana untuk mengatasi masalah parking terutama di blok B5/B6 .Saya dimaklumkan masalah parking di blok tersebut sangat kritikal kerana parking mereka telah digunakan oleh penghuni terutama dari blok B4/B5.
Antara cadangan mereka ialah.

1. Membuat tembok setinggi 5kaki dekat rumah sampah.(sila rujuk pelan susunatur parking)
Kepentingan tembok ini adalah untuk,
-mendidik penghuni dari blok bawah, supaya parking di kawasan masing-masing.
-Masalah parking motorsikal dalam bangunan . Diharap pemilik motorsikal tidak pentingkan diri sendiri. Saya lihat banyak tempat parking motosikal kosong.
-Pembuangan sampah di rumah sampah.

2.Membuat parking tambahan dekat tangga dengan meratakan divider.




Foto dibawah mengambarkan tentang masalah parking yang berlaku di blok b5/b6. Tak kurang juga yang bergaduh tentang masalah ini.

Wednesday, October 22, 2008

Penjelasan untuk bayaran maintanance & guard

Adalah dimaklumkan AJK telah mendapatkan quotation dari beberapa syarikat security guard untuk mendapatkan harga untuk 2 pengawal siang & 2 malam. Dari maklumbalas, harga guard tersebut adalah sekitar rm6,100 ke rm6900 bergantung kepada service. Sila lihat lampiran(pdf file).
Sebenarnya penduduk yang mahu guard diadakan. Pihak pengurusan YTL diberi tanggugjawap oleh persatuan untuk mengutip bayaran guard melalui yuran maintance supaya kutipan berjalan lancar. Persatuan tidak yakin jika kutipan dibuat oleh AJK, akan dibayar oleh penduduk. Tambahan pula bayaran Rm25 sebenarnya tidak mencukupi kerana jumlah kutipan untuk 240 rumah hanya rm6000 sahaja. Jadi bayaran selebihnya diambil dari bayaran mantanance.
Dalam mesyuarat agong pertama dahulu pihak pengurusan ada menjelaskan tentang kemana wang maintanance dibelanjakan iaitu untuk pengurusan sampah dan garden. Sebahagian wang tersebut juga akan digunakan untuk kegunaan penduduk dimasa hadapan. Masalahnya ada juga rumah yang tidak membayar yuran maintance.
Saya cuba dapatkan akaun terperinci dari YTL untuk dibentangkan dalam mesyuarat agong ke2 March 2009.

Sekian terima kasih,
-Setiausaha-