Tuesday, July 22, 2008

Palang guard dilanggar lori BJQ 9409

Inilah lori yang disyaki melanggar palang guard hingga bengkok. Foto ini diambil ketika lori ini parking di blok B3 pada hari ahad 27.7.08. Adakah pemandu lori ini pemilik/penyewa rumah atau orang luar yang datang bertandang? Jika pemandu lori ini dari kalangan orang yang waras, tidak sepatutnya lori ini parking di kawasan apartment kerana kenderaan ini dikategorikan kenderaan berat. Persatuan akan memantau dan tindakan susulan akan di buat terhadap pemandu lori ini jika masih parking di kawasan apartment.




Ini adalah maklumbalas daripada MPSJ mengenai aduan saya kepada MPSJ tentang lori yang parking di kawasan apartment.


From: ahmad@mpsj.gov.my
Sent: Friday, August 01, 2008 9:34 AM
To: lan@soyl.com.my
Subject: Maklumbalas Aduan Tentang Lori Kontena Parking Didalam Pangsapuri
Salam sejahtera dan dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, kontena yang diletakkan di dalam kawasan apartment adalah dibawah tanggungjawab dan kuasa yang diperuntukkan terhadap managment corporation. Oleh yang demikian pihak tuan disarankan agar merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Kerjasama daripada pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

"CEKAP, ADIL DAN BERINTEGRITI"

AHMAD BIN HASAN
Pen. Pengarah Penguatkuasaan

1 comment:

Anonymous said...

kan betul...klu rasuah ttp rasuah....ni tolak sana...sana tolak sini...pastu senyap...bg mkn keluarga....dunia n akhirat lupa....ingat le 66812....