Saturday, August 2, 2008

Peralatan elektrik rosak akibat arus berlebihan pada 2.8.08 3 petang

Kegiatan mencuri kabel pada Switchboard TNB menyebabkan 3 blok iaitu blok B4,B5,B6 yang melibatkan 60 penghuni mengalami kerugian kerana semua peralatan elektrik termasuk lampu telah meletup. Kejadian mencuri itu dilakukan sekitar pukul 3 petang. Ada penduduk melihat terdapat 5 orang yang menyamar sebagai orang TNB dengan uniform berwarna kelabu. Saya difahamkan TNB sudah menukar uniform kepada warna biru untuk mengelakan daripada penyamaran. Walaubagaimanapun jika penduduk ternampak sesiapa yang buat "repair" hendaklah bertanya kepada meraka dan jika nampak mencurigakan, sila beritahu kepada AJK dengan segera agar kejadian seperti ini tidak berulang. Persatuan menyerahkan tanggugjawap kepada En Harinddan Krisnan untuk menguruskan masalahnya ini. Menurut beliau, untuk menuntut kerugian dari TNB, kita kena ada peguam. Masalahnya sanggupkah kita untuk membayarnya. Sila berhubung dengan beliau 0122076211 untuk keterangan lanjut.

No comments: