Monday, September 8, 2008

Masalah parking akibat sikap yang mementingkan diri sendiri 7.9.09

Sebenarnya masalah parking ni terutama dari blok 5 & 6 sudah berlarutan sejak taman ini dibuka.
Ada segelintir penduduk dari blok b3 & b4 telah meletakkan kenderaan mereka ditempat parking B5 & B6
Penduduk blok b1 & b2 pula meletakan kenderaan di tempat parking b3 & b4. Lebih mengecewakan lagi ada yang meletakkan kon di tempat parking visitor(apa ingat bapak dia punya).

Persatuan telah membuat satu tanda peringatan dekat tong sampah agar mereka yang "tak sekolah" ini
reti akan masalah orang lain. Persatuan juga akan mengecat tanda "visitor" di tempat parking visitor. Lagi satu, parking lot yang disediakan untuk anda selalu diambil oleh orang lain, saya cadangkan agar meletakkan kon untuk mengelakkan dari orang yang "tak sekolah" ni mengambil parking anda.

1 comment:

Anonymous said...

saya sokong cadangan tersebut. itu adalah tindakan yang paling lembut rasanya. kalau ada penghuni yang mempunyai lebih dari satu kereta kenalah fikir, jangan conquer lot visitor memanjang (langsung tak mengalihkan kereta ketiga). parking di lot rumah kosong tidak menjadi masalah yang menjadi masalah ialah visitor parking.sekiranya usaha tersebut gagal juga, jangan sampai bermasam muka sudahlah.