Friday, March 20, 2009

Perancangan persatuan tahun 2009

Saya ingin merujuk kepada undang-undang penubuhan fasa 4 berkenaan tujuan penubuhan.
1) Menyatukan penduduk.
Penyatuan penduduk biasanya melalui aktiviti seperti gotong royong, sambutan perayaan dan sebagainya. Memandangkan pangsapuri kita tidak mempunyai kemudahan seperti dewan orangramai, surau dan sebagainya maka agak sukar bagi kita untuk menyatupadukan penduduk melalui aktiviti tersebut selain dari gotongroyong.

(2) Mengawas keamanan dengan mewujudkan sesuatu langkah keselamatan.
Kita telah menwujudkan suatu langkah keselamatan dengan menggunakan sistem pelekat kenderaan dan sekarang dalam proses perlaksanaan. Ini merupakan tujuan asal penubuhan persatuan pada tahun 2007 dahulu.

(3) Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli pertubuhan.
Untuk tujuan ini, kita terpaksa tangguhkan dahulu kerana ajk perlu memberi tumpuan pada perlaksanaan sistem pelekat kenderaan. Untuk sambutan hari perayaan pula ianya bergantung kepada kewangan dan komitmen ajk.

(4) Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak kerajaan, swasta dan pemaju perumahan dalam menyelesaikan masalah berbangkit.
Kita telah menjalankan tugas ini setakat yang termampu. Contohnya seperti masalah sampah haram telah diselesaikan.

(5) Menerima sumbangan(derma) dan menjalankan aktiviti-aktiviti mengisi tabung.
Kita boleh membuat kutipan derma pada setiap bulan. Sebagai contoh untuk membina pagar yang mana sebahagian kos perlu di tampung oleh penduduk dan YTL.

Antara aktiviti yang boleh dibuat untuk mengisi tabung seperti senam rabik/poco-poco, sukaneka dan sebagainya yang difikirkan dapat mengisi tabung persatuan.
Buat masa sekarang persatuan menawarkan khidmat iklan didalam blogspot dengan harga rm50 untuk satu tahun.

Apa pandangan anda?

No comments: