Monday, August 9, 2010

Susulan tentang sekuriti guard

1. Saya menerima sebut-harga dari pihak sekuriti untuk 4 orang guard iaitu Rm7071 sebulan termasuk cukai kerajaan sebanyak Rm272. Ini merupakan rate standard untuk servis sekuriti.
2.AJK telah bermesyuarat dengan wakil syarikat guard dan bersetuju dengan syarat-syarat yang telah kita tetapkan. Namun begitu setelah saya membuat susulan, wakil guard tadi telah meyerahkan tugas tersebut kepada staff lain.
3.Saya telah berbincang dengan staff baru tersebut. Walaupun tiada kata putus saya merasakan mereka tidak beberapa setuju dengan syarat-syarat yang kita tetapkan.

ANTARA SYARAT-SYARAT YANG AJK PUTUSKAN UNTUK SEKURITI.
1.Bayaran bulanan RM25
Jika di kira, budget yang kita minta sebenarnya tidak cukup. Kalau kesemua 240 unit rumah membuat pembayaran, setiap unit perlu membayar sebanyak Rm29.00/sebulan. Jika di tolak 10% dari mereka yg enggan bayar bererti penduduk perlu membayar sebanyak rm33/sebulan.

2.Kutipan perlu dibuat sendiri oleh sekuriti.
Sebelum ini kita telah menyerahkan tugas kutipan kepada pihak pengurusan bangunan iaitu YTL. Lebih 30% penduduk tidak membayar. Persatuan penduduk tidak sanggup untuk mengetuk pintu untuk meminta yuran sekuriti setiap bulan.

3.Kad Access dan palang automatik.
Sebenarnya cadangan ini adalah dari pihak sekuriti. Mereka sanggup untuk membiayai kos pembinaan dengan syarat-syarat yang akan ditetapkan nanti.

Kesimpulannya, kita tunggu keputusan dari pihak sekuriti tentang langkah-langkah selanjutnya.



4 comments:

Anonymous said...

just nak share,rmh kwn sy di Penang,security smua termasuk dlm maintenance fee,kalu maintenance fee tak byr,then onwer takleh masuk kereta(kereta terpaksa letak luar),kena settle dulu outstanding amount baru leh access gate,maksudnya dia nye access card kena block la,boleh tak kita buat mcmni?

Anonymous said...

memang kita nak buat sistem access gate. Masalahnya ramai penduduk sendiri enggan membayar yuran maintanance. Kita harap ada syarikat sekuriti yg boleh buat access gate.

Anonymous said...

saya rasa kalu ada access card utk access gate,mmg leh kuat kuasakan undang2,sapa yg tak byr maintenance fee,sila letak keta di luar.Jadi,nak tak nak diorg kena byr la maintenance fee.Hutang2 yg sblum2 ni diorg kena settle terlebih dahulu utk dptkan access card.Kalu takde duit pandai2 la buat rescheduling dgn management utk dpt kan card..kita pun timbgrasa la jugak...tp kena ada inisiatif utk byr la..
agak hairan la kenapa org x nak byr,tak adil la utk org yg byr..

Anonymous said...

macamana?ada apa2 update tak?