Wednesday, April 4, 2012

PERKHIDMATAN SEKURITI APARTMENT TAMAN PUNCAK KINRARA 2012


PERKHIDMATAN SEKURITI APARTMENT TAMAN PUNCAK KINRARA
1.0 Bayaran bulanan
  1. Bayaran bulanan untuk perkhidmatan sekuriti hendaklah dibuat secara langsung diantara penduduk dengan pihak sekuriti.
  2. Bayaran yang dikenakan untuk setiap untit rumah adalah sebanyak Rm 35 sebulan.
1.3 Pihak sekuriti tidak boleh menuntut apa-apa kerugian daripada persatuan akibat daripada kelewatan penduduk membayar yuran bulanan.

2.0 Pelekat kenderaan
2.1 Pihak sekuriti akan mengeluarkan pelekat kenderaan untuk kereta pertama, kedua, pelekat motorsikal dan pas pelawat oleh pihak sekuriti.
2.2 Penukaran pelekat bergantung kepada keperluan dan keputusan mesyuarat penduduk.
2.3 Kenderaan yang tidak mempunyai pelekat TIDAK dibenarkan masuk. Sila dapatkan pas pelawat daripada sekuriti.
2.4 Pelekat pertama hanya untuk pemilik kenderaan yang mempunyai petak parkir bernombor.
    1. Petak parkir pelawat(visitor) hanya untuk pemilik pelekat kedua. Jika petak parkir tidak mencukupi pemilik kenderaan hendaklah meletak kenderaan di luar kawasan apartmen.
3.0 Kawasan larangan meletak kenderaan.
3.1 Di hadapan jalan keluar masuk bangunan. Hanya kenderaan untuk tujuan tertentu sahaja yang boleh menggunakan kawasan ini seperti lori untuk tujuan pindah-masuk, kecemasan dan sebagainya.
3.2 Berdekatan dengan Pili Bomba.
3.3 Motorsikal dilarang parkir dalam bangunan.

4.0 Mengunci tayar.
4.1 Untuk kesalahan pertama surat amaran akan dikeluarkan oleh sekuriti.
4.2 Sekuriti boleh mengunci tayar bagi kenderaan yang telah melanggar peraturan meletak kenderaan dan denda sebanyak RM 50 boleh dikenakan untuk kereta dan RM10 untuk motorsikal.. Wang denda tersebut hendaklah diserahkan kepada persatuan.

5.0 Tugas harian sekuriti
5.1 Memastikan palang sentiasa di tutup dan memastikan rekod keluar-masuk kenderaan.
5.2 Membuat rondaan setiap berkala.

6.0 Masalah sosial dan menggangu kerharmonian.
      6.1 Pihak sekuriti boleh mengunakan budi bicara dan perlu menghubungi persatuan penduduk jika terdapat masalah sosial di Apartment ini.
6.2 Antara masalah sosial yang perlu diawasi seperti berkhalwat, membuat bising dan sebagainya.
7.0 Notis penamatan perkhidmatan
7.1 Notis bagi pihak sekuriti hendaklah dibuat sebulan (1) sebelum perkhidmatan dihentikan.

8.0 Gantirugi kehilangan.
8.1 Pihak sekuriti hendaklah bertanggungjawap ke atas segala kehilangan hartabenda ke atas unit kediaman yang telah membayar khidmat sekuriti.

Friday, February 3, 2012

MAKLUMAN:SAMBUTAN KARNIVAL HARI PERBANDARAN KE-15 MPSJ


SAMBUTAN KARNIVAL HARI PERBANDARAN KE-15 MPSJ
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan, Majlis Perbandaran Subang Jaya akan mengadakan Karnival Hari Perbandaran Ke-15 MPSJ pada 10-12 Februari 2012 di Kompleks Membeli - Belah Sunway Pyramid, Subang Jaya.              
3.         Objektif utama penganjuran Karnival Hari Perbandaran Ke-15 MPSJ adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat MPSJ berkaitan fungsi, peranan dan kemudahan yang disediakan oleh MPSJ. Antara pengisian karnival adalah Pameran & Kaunter Perkhidmatan MPSJ, Program Kempen Plastik Mampan, Karnival Perusahaan Halal, Pameran Auto Show, Pertandingan Kebudayaan dan program-program sukan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
4.         Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghebahkan kepada penduduk dan meletakkan poster di blog persatuan.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“ MESRA, CEKAP DAN BERINTEGRITI ”

( HAMIZUN BINTI HJ. MOHD BASAR )
Pengarah Perancangan Korporat
b.p Yang Dipertua

Wednesday, November 23, 2011

Hakmilik Strata

Saya sudahpun menerima surat dari kamarudin & partners bertarikh 31 okt 2011 supaya membayar memorandum of transfer untuk mendapatkan hakmilik strata dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima surat.

Berikut adalah senarai terperinci yang perlu dijelaskan.


Walaupun harga yang perlu di bayar agak tinggi tetapi terpaksa juga untuk mengelakkan daripada kesusahan di kamudian hari terutama bila melibatkan penukaran hakmilik kepada anak-anak.

Saturday, October 22, 2011

Mesyuarat AJK 21 oktober 2011

Mesyuarat AJK 21 oktober 2011, 9.30 malam bertempat di Pondok komuniti.

Keputusan mesyuarat adalah seperti berikut:
1-Perkhidmatan sekuriti tidak disambung kerana sebahagian penduduk tidak mahu menjelaskan yuran perkhidmatan sebanyak rm30/sebulan.
Perkhidmatan sekuriti bermula dari september 2010 dan berakhir pada okt 2011.

2-Persatuan hanya menerima syarikat sekuriti yang sanggup membina dan menjalankan sistem palang automatik sahaja.

3-Notis tamat khidmat sekuriti akan ditampal pada setiap blok.(22.10.11)

4-Persatuan cuba memohon bantuan daripada wakil rakyat untuk pembinaan pusat komuniti
yang dicadangkan di tapak pondok sekuriti yg sediada, termasuk pagar secepat mungkin.

5-Persatuan dicadangkan supaya membuat kad pelekat magnatik yg tertulis nombor-nombor penting telefon seperti no AJK, Polis dan sebagainya untuk memudahkan penduduk menghubungi ketika melihat kes-kes kecurian dan sebagainya. Kad ini akan diedar secara pintu ke pintu oleh AJK untuk makluman penduduk.

6-Persatuan membuat aduan secara bertulis kepada pengurusan bangunan(YTL) dan MPSJ berkenaan masalah dahan pokok, sampah yg tidak dikutip dan penutup manhole/longkang yg telah dicuri.



Sebahagian AJK dalam mesyuarat yang diadakan di pondok sekuriti pada 21.10.11


Mengimbas kembali hari pertama sekuriti yang di mulakan pada september 2010 iaitu 2 pengawal siang dan 2 pengawal malam. Jumlah pengawal dikurangkan selepas dua bulan kerana sebahagian penduduk enggan membayar yuran.



Rekod pembayaran pengawal pada oktober 2011 yang membawa kepada perkhidmatan tidak disambung.

Monday, August 15, 2011

laporan kejadian 15-ogos 2011

Satu kejadian dimana sekuriti hampir dipukul oleh seorang pelawat(berbangsa cina) pada pukul 7.30pagi, 15-8-2011. Pelawat tadi marah kepada sekuriti kerana lambat membuka palang.

Ulasan saya.
Sekuriti telah bekerja dengan betul sepertimana sepatutnya. Kita pula sebagai penghuni tidak memberi sokongan kepada mereka. Tengok saja berapa orang yang membayar yuran. Sehingga hari ini(15-8-2011) kedua2 sekuriti yang bertugas masih belum menerima gaji mereka.

Thursday, August 11, 2011

Pembayaran Yuran guard amat mengecewakan.

Penduduk apartment taman puncak kinrara nampaknya sangat mengira tentang service guard. Mereka inginkan perkhidmatan kelas satu tanpa perlu membayar yuran iaitu sebanyak rm30 sebulan.
Mereka inginkan guard meronda dari pintu ke pintu dan memastikan guard menjaga setiap kenderaan masing-masing.Kalau boleh nak suruh guard lakukan segala-galanya baru tergerak hati untuk membayar. Itupun kalau boleh hanya rm10 jer sebulan.
Berikut adalah kutipan bulan ini(Ogos 2011) yg saya lihat dari buku catitan guard.
Yuran yang dapat dikutip sehingga 10-8-2011 sebanyak rm 1500, dan gaji setiap guard dalam rm1000 seorang.
Tuan-tuan renungkan bagaimana untuk mengambil 4 pengawal sedangkan untuk membayar dua orang guard pun tak lepas. Sedangkan guard tu bekerja 24 jam dan kadang-kadang mendapat gaji lewat. Jangan di tanya kenapa guard kadang kala tertidur kerana mereka bukannya mesin, ditambah dengan kerja seorang malam dan seorang siang.
Jika dilihat pada palang keselamatan, ianya sangat uzur. Dapatkah tuan-tuan berfikir dengan kutipan sebanyak itu adakah pihak sekuriti boleh membina palang yang baru berserta pagar yang berharga tidak kurang dari rm20 ribu.

Saturday, August 6, 2011

Pembersihan semak oleh MPSJ pada 6 Ogos 2011

Kerja-kerja pembersihan semak dibelakang Blok B5/B6 oleh Kontraktor MPSJ telah dijalankan pada 6-8-11/Sabtu, berikutan dari aduan yang dibuat oleh persatuan dan YTL. Penduduk merasa lega-seleganya kerana sebelum ini terdapat banyak ular dan binatang bisa yg meyelinap masuk kedalam rumah penduduk.
Beberapa orang penduduk sedang memerhati kerja-kerja yg dibuat.