Wednesday, October 22, 2008
Penjelasan untuk bayaran maintanance & guard
Sebenarnya penduduk yang mahu guard diadakan. Pihak pengurusan YTL diberi tanggugjawap oleh persatuan untuk mengutip bayaran guard melalui yuran maintance supaya kutipan berjalan lancar. Persatuan tidak yakin jika kutipan dibuat oleh AJK, akan dibayar oleh penduduk. Tambahan pula bayaran Rm25 sebenarnya tidak mencukupi kerana jumlah kutipan untuk 240 rumah hanya rm6000 sahaja. Jadi bayaran selebihnya diambil dari bayaran mantanance.
Dalam mesyuarat agong pertama dahulu pihak pengurusan ada menjelaskan tentang kemana wang maintanance dibelanjakan iaitu untuk pengurusan sampah dan garden. Sebahagian wang tersebut juga akan digunakan untuk kegunaan penduduk dimasa hadapan. Masalahnya ada juga rumah yang tidak membayar yuran maintance.
Saya cuba dapatkan akaun terperinci dari YTL untuk dibentangkan dalam mesyuarat agong ke2 March 2009.
Sekian terima kasih,
-Setiausaha-
Friday, October 17, 2008
Parking oh parking
Satu lagi cadangan persatuan untuk membuat petak parking di sepanjang jalan dari blok b2 ke b6 untuk mengatasi masalah kekurangan petak visitor. Apa komen anda
---- Sent using a Sony Ericsson mobile phone
Tuesday, October 14, 2008
Mengecat nombor lot parking
Wednesday, October 8, 2008
Kawalan Keselamatan sementara di musim perayaan Aidilftri.
Untuk kawalan keselamatan secara tetap, perbincangan telah dibuat dan surat untuk bayaran tambahan mungkin di hantar dalam bulan November. Kawalan keselamatan mungkin akan dibuat pada Januari tahun 2009.
Monday, September 8, 2008
Masalah parking akibat sikap yang mementingkan diri sendiri 7.9.09
Sebenarnya masalah parking ni terutama dari blok 5 & 6 sudah berlarutan sejak taman ini dibuka.
Ada segelintir penduduk dari blok b3 & b4 telah meletakkan kenderaan mereka ditempat parking B5 & B6
Penduduk blok b1 & b2 pula meletakan kenderaan di tempat parking b3 & b4. Lebih mengecewakan lagi ada yang meletakkan kon di tempat parking visitor(apa ingat bapak dia punya).
Persatuan telah membuat satu tanda peringatan dekat tong sampah agar mereka yang "tak sekolah" ini
reti akan masalah orang lain. Persatuan juga akan mengecat tanda "visitor" di tempat parking visitor. Lagi satu, parking lot yang disediakan untuk anda selalu diambil oleh orang lain, saya cadangkan agar meletakkan kon untuk mengelakkan dari orang yang "tak sekolah" ni mengambil parking anda.
Saturday, August 30, 2008
Pintu Fider piller/switchboard TNB terbuka
Saya bimbang kecurian plat tembaga berulang kerana bulan lepas(july) fider piller di blok B4 telah dicuri.Apa komen anda?








