Sunday, December 27, 2009

Khidmat Sekuriti akan dihentikan buat sementara

Bermula Jan 2010 Kawalan Sekuriti akan dihentikan dan akan disambung semula setelah beberapa masalah dapat diselesaikan. Bayaran untuk penyelenggaraan adalah seperti dahulu iaitu sebanyak Rm50 sebulan.

Apa yang dapat saya rumuskan adalah,
1. Lebih 30% penduduk tidak membayar yuran penyelengaraan dan bukan semua
penduduk mahukan servis sekuriti.
2. Kualiti perkhidmatan sekuriti tidak memuaskan. Untuk menukar kepada syarikat sekuriti yang lebih baik memerlukan kos yang tinggi iaitu kira-kira rm7000-8000 sebulan.
3. Tidak ada kes-kes kehilangan kenderaan yang diterima ketika adanya khidmad sekuriti.(jan-dec 2009)
4. Terdapat juga kes-kes pecah kereta dan pecah rumah terutama ketika musim perayaan, tetapi berkurangan berbanding sebelum ada sekuriti.
5. Masalah parking kereta akan bertambah selepas tiadanya sekuriti.
6. Srata title tidak akan dikeluarkan selagi pemilik rumah tidak membayar tunggakan yuran penyelengaraan.
7. Persatuan dan penduduk akan mencari alternetif lain dalam mengurangkan masalah kecurian seperti pemasangan cctv dan pagar.

No comments: