Friday, December 11, 2009

Kos Penyelenggaraan Tinggi Punca Masalah Flat

KUALA LUMPUR - Bayaran penyelenggaraan tinggi yang dikenakan ke atas penduduk rumah flat menjadi punca pelbagai masalah seperti kekotoran dan paip pecah. Timbalan Setiausaha Parti Sosialis (PSM) Rasiah Rani berkata, adalah tidak munsabah penduduk flat dikenakan pelbagai caj menyebakan keseluruhan bayaran setahun melebihi rumah teres kos rendah, sederhana dan serni-D.

"Sebagai contoh, kita menerima aduan daripada penduduk flat Seri Perantau Port Klang, bayaran penyelenggaraannya RM55.00 sebulan dan cukai taksiran sebanyak RM148.00 setahun.

"Jika dikira, jumlahnya RM808.00 setahun berbanding rumah teres yang hanya dikenakan cukai taksiran sahaja lebih kurang RM300.00 saja", katanya.Menurutnya, sebagai langkah penyelesaian kerajaan perlu mengambilalih perumahan daripada pemaju serta mengenakan
satu bayaran sahaja.

"Bila yuran penyelenggaraan tinggi dan membebankan penduduk ia menyukarkan sendiri pihak pengurusan untuk menyelengarakan flat tersebut," katanya.
Dalam sidang akhbar tersebut, sebahagian penduduk daripada pelbagai flat di seluruh negara turut hadir bagi menyatakan hasrat mereka kepada ahli Perlimen
Sungai Siput Jeyakumar Devaraj. Menurut Jeyakumar, beliau akan mengusul masalah penduduk tersebut pada sesi berbahasan Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Sempatan (KPKT).

(Di petik dari akhbar sinar Harian 11.12.09)

No comments: