Wednesday, July 28, 2010

Lagi kes kecurian rim pada 28-7-10

Kegiatan mencuri rim nampaknya semakin menjadi-jadi di Taman Kita. Terdapat dua kejadian dalam tempoh 1 minggu.

Terbaharu sebuah kereta satria Neo dari blok b3 dan yang lebih malang, cermin sisi depan telah dipecahkan.

Kelihatan jek kereta adalah kepunyaan pemilik kereta ini yang dipecahambil oleh pencuri.Terdengar juga bunyi bising anjing oleh penduduk pada malam tadi, namun sukar di agakkan kerana di taman ini terdapat banyak anjing liar yang kejap ada kejap tak ada.

Cubaan kali kedua pada hari yang sama untuk mencuri rim pada kereta yang kes kehilangan rim pada ahad lepas 25-7-10(Suzuki shif). Kelihatan 2 nut telah dibuka namun tidak sempat.

Kepada pemilik kereta yang mempunyai lot kereta sendiri, saya nasihatkan supaya park di tempat lot masing-masing kerana mungkin pencuri akan terasa diperhatikan kerana lot kereta berhadapan dengan rumah. Jadi mereka mungkin lebih berhati-hati. Semua kes kehilangan diatas berlaku di lot visitor.

Penduduk dinasihatkan untuk dapatkan Tip-tip berguna dari PDRM untuk mengelakkan kes-kes kecurian seperti ini berulang.

No comments: