Thursday, July 29, 2010

Lagi kereta kena pecah Gen2 pada 29-7-10

Sebuah kereta gen2 milik penduduk blok B2 telah dipecahkan dan telah kehilangan seat jenis RECARO disebelah pemandu. Kejadian berlaku sekitar pukul 6pagi yang telah disedari oleh salah seorang penduduk disini. Dipercayai pencuri menaiki MYVI warna putih. No plet tidak dapat dicatatkan.


Kebanyak kes pecah kereta di taman ini berlaku di sepanjang jalan utama, kerana mereka senang untuk keluar dengan cepat.

Dalam minggu ini (29-7-10) sudah 3 kes kecurian assesori kenderaan. Modus operasi yang sama dipercayai dilakukan oleh orang yang sama.

Wednesday, July 28, 2010

Lagi kes kecurian rim pada 28-7-10

Kegiatan mencuri rim nampaknya semakin menjadi-jadi di Taman Kita. Terdapat dua kejadian dalam tempoh 1 minggu.

Terbaharu sebuah kereta satria Neo dari blok b3 dan yang lebih malang, cermin sisi depan telah dipecahkan.

Kelihatan jek kereta adalah kepunyaan pemilik kereta ini yang dipecahambil oleh pencuri.Terdengar juga bunyi bising anjing oleh penduduk pada malam tadi, namun sukar di agakkan kerana di taman ini terdapat banyak anjing liar yang kejap ada kejap tak ada.

Cubaan kali kedua pada hari yang sama untuk mencuri rim pada kereta yang kes kehilangan rim pada ahad lepas 25-7-10(Suzuki shif). Kelihatan 2 nut telah dibuka namun tidak sempat.

Kepada pemilik kereta yang mempunyai lot kereta sendiri, saya nasihatkan supaya park di tempat lot masing-masing kerana mungkin pencuri akan terasa diperhatikan kerana lot kereta berhadapan dengan rumah. Jadi mereka mungkin lebih berhati-hati. Semua kes kehilangan diatas berlaku di lot visitor.

Penduduk dinasihatkan untuk dapatkan Tip-tip berguna dari PDRM untuk mengelakkan kes-kes kecurian seperti ini berulang.

Sunday, July 25, 2010

Kes kecurian - sport rim 25-7-10

Kecurian sport rim di percayai berlaku pada pukul 2.30pagi 25-7-10 selepas owner kereta ini balik dari genting highland pada pukul 2.00pagi. Ada penduduk dari blok b3 yang menyedari ada sesuatu yg tidak kena pada malam tadi bilamana terdengar salakan anjing belaan dari seorang penghuni india dari blok tersebut dan juga bunyi alarm kereta berbunyi. Malangnya mereka tidak membuat tinjauan tentang hal itu, dan menganggap bunyi salakan anjing dan alarm kereta sebagai sesuatu yang biasa.

Lapuran polis telah dibuat pada pagi Ahad selepas owner meyedari kecurian tersebut.

Kelihatan batu-bata diletakkan dan pencuri dipercayai membuat tinjauan terlebih dahulu. Menurut seorang dari penduduk, dua tiga hari sebelum ini kelihatan beberapa budak india yang meronda-ronda seolah-olah sedang mencari sesuatu.

Sunday, July 11, 2010

Thursday, July 1, 2010

Rumah untuk di jual

Just infom saja.
Tadi tengok satu unit rumah untuk di jual kat taman kita..harga tak tahu la berapa.