Wednesday, August 4, 2010
UNTUK MAKLUMAN PENDUDUK
PADA HARI SABTU INI PUKUL 5 PETANG (7.8.10) SYARIKAT SEKURITI DAN AJK PENDUDUK AKAN MEMBUAT TINJAUAN DAN MAKLUMBALAS DARI RUMAH KE RUMAH UNTUK MELAKSANAKAN SISTEM PENGAWAL KESELAMATAN YANG BARU
Tuesday, August 3, 2010
Perkhidmatan securiti akan disambung semula.
1.Yuran bulanan adalah rm25 dan akan dikutip terus dari penduduk.
2.Servis 24jam dengan 2 pengawal siang dan 2 pengawal malam
3.Semua pengawal adalah warga Malaysia.
4.Akan menggunakan sistem auto gate.(Setiap penduduk akan diberi 2 acess kad)
5.Pembinaan pagar dan guard house akan dibiayai oleh syarikat sekuriti dengan syarat-syarat tertentu.
Thursday, July 29, 2010
Lagi kereta kena pecah Gen2 pada 29-7-10

Kebanyak kes pecah kereta di taman ini berlaku di sepanjang jalan utama, kerana mereka senang untuk keluar dengan cepat.
Dalam minggu ini (29-7-10) sudah 3 kes kecurian assesori kenderaan. Modus operasi yang sama dipercayai dilakukan oleh orang yang sama.
Wednesday, July 28, 2010
Lagi kes kecurian rim pada 28-7-10
Kegiatan mencuri rim nampaknya semakin menjadi-jadi di Taman Kita. Terdapat dua kejadian dalam tempoh 1 minggu.
Terbaharu sebuah kereta satria Neo dari blok b3 dan yang lebih malang, cermin sisi depan telah dipecahkan.
Kelihatan jek kereta adalah kepunyaan pemilik kereta ini yang dipecahambil oleh pencuri.Terdengar juga bunyi bising anjing oleh penduduk pada malam tadi, namun sukar di agakkan kerana di taman ini terdapat banyak anjing liar yang kejap ada kejap tak ada.
Cubaan kali kedua pada hari yang sama untuk mencuri rim pada kereta yang kes kehilangan rim pada ahad lepas 25-7-10(Suzuki shif). Kelihatan 2 nut telah dibuka namun tidak sempat.
Kepada pemilik kereta yang mempunyai lot kereta sendiri, saya nasihatkan supaya park di tempat lot masing-masing kerana mungkin pencuri akan terasa diperhatikan kerana lot kereta berhadapan dengan rumah. Jadi mereka mungkin lebih berhati-hati. Semua kes kehilangan diatas berlaku di lot visitor.
Penduduk dinasihatkan untuk dapatkan Tip-tip berguna dari PDRM untuk mengelakkan kes-kes kecurian seperti ini berulang.
Sunday, July 25, 2010
Kes kecurian - sport rim 25-7-10
Lapuran polis telah dibuat pada pagi Ahad selepas owner meyedari kecurian tersebut.
Kelihatan batu-bata diletakkan dan pencuri dipercayai membuat tinjauan terlebih dahulu. Menurut seorang dari penduduk, dua tiga hari sebelum ini kelihatan beberapa budak india yang meronda-ronda seolah-olah sedang mencari sesuatu.






























