Susulan daripada mesyuarat membincangkan masalah penyelenggaraan dan pengurusan Pangsapuri Taman Puncak kinrara fasa B pada 6 disember 2012 di LPHS, saya telah membuat satu temujanji diantara
1.Pengurus unit migrasi Syabas(En Krishnamoorthi)
2.Pemaju perumahan YTL(En Jega)
3.Persatuan penduduk(S.U En Ruzlan)
Agenda: Permohonan Migrasi air individu
Tarikh :10.01.2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat: Tingkat 17 Wisma Goshen.
Pihak pemaju bersetuju untuk memohon migrasi air dan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh syabas.
Pemaju perlu menulis maklumat meter seperti jenama, bila dipasang dan sebagainya untuk rekod pihak syabas. Selepas itu baru syabas datang memeriksa meter samada perlu ditukar baru atau tidak.
Perbincangan selesai pada pukul 11.30 pagi
Thursday, January 10, 2013
Thursday, December 6, 2012
Laporan mesyuarat membincangkan masalah penyelenggaraan dan pengurusan pangsapuri taman puncak kinrara fasa B
Laporan mesyuarat membincangkan masalah penyelenggaraan dan pengurusan pangsapuri taman puncak kinrara fasa B
Tempat:Lembaga perumahan dan hartanah selangor tingkat 11, bangunan darul ehsan.
Masa dan tarikh: Pukul 9.30 pagi 06 Disembar 2012
Kehadiran:
1-En Norhafiz bin Nordin-Unit pesuruhjaya bangunan(COB) MPSJ
2-En Krishnamoorthi-Syarikat bekalan air selangor(Pengurus unit migrasi Syabas)
3-Pn Mufidah - Ketua penolong pengarah pengurusan unit strata lembaga perumahan dan hartanah selangor
4-En Sharuddin b. Ismail -Pegawai undang-undang LPHS
5-En Zulkefli -Pengerusi persatuan penduduk
6-En Ruzlan -Setiausaha persatuan penduduk
7-En Zariman -AJK persatuan penduduk
8-En Azmi Kasim -AJK persatuan penduduk
Tidak hadir
1-En Jega -YTL. (ada urusan yang tidak dapat dielakan)
2-Yb Kinrara, YB Teresa kok (Ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan)
Berikut adalah beberapa agenda yang telah dibincangkan.
Penubuhan JMB/MC
1)JMB tidak dapat ditubuhkan oleh pemaju(YTL), kerana mereka sedang menunggu pemindahan hakmilik strata oleh pemilik unit iaitu sekurang-kurangnya 25% atau 1/4 daripada 240 unit untuk melayakkan penubuhan MC.Ini bermakna kita memerlukan sekurang-kurangnya 60 unit pemilik yang membayar strata. Semakan yang dibuat oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor(LPHS) di pejabat tanah mendapati hanya 35 orang sahaja yang sudah dipindah milik sehingga disember 2012.
2)Pemilik rumah perlu berusaha menjelaskan bayaran hakmilik strata.
Hakmilik Strata adalah sama pentingnya dengan Hakmilik Tanah dan ianya satu-satunya geran/ dokumen/ bukti pemilikan petak.
Jika hakmilik strata tidak dibuat pemilik unit akan menghadapi masalah dalam urusan pindahmilik, gadaian, cagaran & pembahagian pesaka.
Untuk makluman dan info tambahan.
-Anda boleh membuat pertanyaan tentang status hakmilik dengan menghubungi peguam yang menguruskan pembelian rumah . Kamarudin & Partners telahpun menghantar surat pemindahan kepada pemilik pada 31 oktober 2011.
-Pemindahan hakmilik strata tidak perlu menunggu sehingga bayaran bank dilunaskan, kerana ianya melibatkan pertukaran nama daripada pemaju kepada nama pembeli rumah.
-Kadar bayaran hakmilik strata yang dikenakan kepada pemilik oleh peguam bergantung kepada jumlah hutang bank dan nilai rumah semasa.
Kenapa kita perlu menubuhkan MC dan bukan JMB.
a)Tempoh penubuhan JMB(Pengurusan Bersama atau Joint Management Body) adalah sebelum strata dikeluarkan oleh pemaju dibawah akta 663 yang berkuatkuasa 12 April 2007.
b)Oleh kerana strata sudah dikeluarkan, akta 663 terbatal dan perlu diganti dengan penubuhan MC (Perbadanan Pengurusan atau Management Corporation)dibawah dibawah Akta 318
Migrasi meter pukal kepada meter individu
1)Menurut pengurus unit migrasi Syabas, En Krishnamoorthi, sepatutnya jmb/mc/pemaju perlu memohon migrasi air. Persatuan penduduk boleh juga memohon tetapi akan menghadapi beberapa masalah terutama dari segi masa dan kewangan. Kita sedia maklum AJK persatuan adalah sukarelawan dan bukan bekerja dalam persatuan.
2)Selepas permohonan diproses(dalam tempoh 2 minggu), syabas akan
-Memeriksa meter & paip dan akan tukar kepada yang baru jika difikirkan perlu.
-meneliti apa-apa tunggakan air yang belum dijelaskan oleh pemaju dengan pihak syabas.
-Pemasangan meter untuk kawasan umum atau common area seperti paip rumah sampah perlu didaftarkan atas nama persatuan penduduk.
-Deposit meter individu sebanyak rm130 setiap unit rumah.
Untuk makluman dan info tambahan.
Kadar/ Tarif Kediaman antara Meter Pukal dan Meter individu
Meter Pukal : RM1.38 semeter padu samarata.
Meter individu :0 - 20 meter padu RM 0.57 , 20-35 meter padu RM 1.03 , melebihi 35 meter padu RM 2.00, Bayaran Minima Sebulan RM 6.00
Disediakan oleh s.u
Tuesday, December 4, 2012
JMB/Migrasi Air
Susulan dari permohonan migrasi meter pukal kepada meter individu Pangsapuri Taman Puncak Kinrara Fasa B, saya telah menerima surat melalui fax pada hari ini 3/12/12 untuk hadir ke mesyuarat pada 6/12/12 bertempat di Lembaga perumahan dan hartanah selangor tingkat 11, bangunan darul ehsan. Pukul 9.30 pagi.
Antara mereka yang akan hadir ialah
1-Yb Teresa Kok-Adun Kinrara
2-Unit pesuruhjaya bangunan MPSJ
3-Syarikat bekalan air selangor (Syabas)
4-Pemaju perumahan (YTL )
5-Persatuan penduduk Tmn puncak kinrara fasa B.
Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor kerana menjadi konsultant dalam menyelesaikan masalah penduduk taman ini dan negeri selangor amnya.
Antara mereka yang akan hadir ialah
1-Yb Teresa Kok-Adun Kinrara
2-Unit pesuruhjaya bangunan MPSJ
3-Syarikat bekalan air selangor (Syabas)
4-Pemaju perumahan (YTL )
5-Persatuan penduduk Tmn puncak kinrara fasa B.
6-Ketua pengarah unit pegurusan serata, lembaga perumahan & hartanah selangor selaku pengerusi majlis.
Disediakan oleh S.U
Sunday, November 18, 2012
Permohonan migrasi meter pukal kepada meter individu pangsapuri taman puncak kinrara fasa B
Bertarikh 14/11/2012 Saya telah menulis surat dan membuat temujanji dengan Lembaga perumahan & hartanah selangor, pn Azlina bt Ismail (pengarah unit pengurusan bangunan serata,) untuk membincangkan berkenaan proses migrasi Air individu utk 200ml air percuma. Hadir sama dalam perjumpaan tersebut ialah pengerusi persatuan En Zulkefli.
1) Sebelum migrasi dibuat satu JMB/MC perlu ditubuh. Oleh itu pihak lembaga akan memaksa pemaju menubuhkan JMB menggunakan saluran undang-undang.
1) Sebelum migrasi dibuat satu JMB/MC perlu ditubuh. Oleh itu pihak lembaga akan memaksa pemaju menubuhkan JMB menggunakan saluran undang-undang.
2)Migrasi air pula akan dibuat selepas JMB ditubuhkan. Sebelum YTL menubuhkan JMB, penduduk yang mempunyai tunggakan penyelenggaraan dan bil air perlu melunaskan hutang mereka atau diambil tindakan undang-undang.
3)Selepas JMB ditubuhkan kita boleh memohon "skim ceria" yg disediakan oleh kerajaan negeri untuk membina pagar & pusat komoniti dan sebagainya yang mana 60% dari kos pembinaan ditanggung oleh kerajaan dan 40% ditanggung oleh JMB utk rumah berharga dibawah 100ribu. Dan setiap kos baikpulih/membina tidak melebihi 300ribu.


Sunday, May 13, 2012
Pemasangan pagar sekitar apartment
Syarikat sekuriti berbesar hati memberi sumbangan pagar sepanjang 45kaki untuk dipasang sepanjang apartment ini. Selebihnya perlu disambung oleh persatuan dan dengan ini persatuan memerlukan kos untuk membinanya. Oleh itu persatuan penduduk akan mengutip derma khas pada setiap bulan daripada penduduk sehingga pagar ini siap sepenuhnya.
Pada hari ini 13.5.2012, ajk sekali lagi telah membuat kerja-kerja gotong royong untuk memasang tiang dan pagar tersebut. Kerja-kerja seterusnya akan disambung pada minggu-minggu seterusnya.
Saudara Anuar(sekuriti) dan En Azmi selaku AJK keselamatan berpuas-hati keatas kerja-kerja yang dilakukan.
Kerja-kerja gotong royong oleh para AJK. Terima kasih kepada mereka yang terlibat.
Wednesday, April 4, 2012
Makluman/Notis sekuriti
KEPADA PEMILIK/PENYEWA APARTMENT
TAMAN PUNCAK KINRARA
PERKHIDMATAN SEKURITI AKAN
BERMULA PADA APRIL 2012
YURAN BULANAN
RM 35 SETIAP UNIT RUMAH
SILA BUAT PEMBAYARAN DI PONDOK SEKURITI PADA
SETIAP 1 HINGGA 7HB SETIAP BULAN.
-Persatuan Penduduk-
PERKHIDMATAN SEKURITI APARTMENT TAMAN PUNCAK KINRARA 2012
PERKHIDMATAN
SEKURITI APARTMENT TAMAN PUNCAK KINRARA
1.0
Bayaran bulanan
- Bayaran bulanan untuk perkhidmatan sekuriti hendaklah dibuat secara langsung diantara penduduk dengan pihak sekuriti.
- Bayaran yang dikenakan untuk setiap untit rumah adalah sebanyak Rm 35 sebulan.
1.3
Pihak sekuriti tidak boleh menuntut apa-apa kerugian daripada
persatuan akibat daripada kelewatan penduduk membayar yuran bulanan.
2.0
Pelekat kenderaan
2.1
Pihak sekuriti akan mengeluarkan pelekat kenderaan untuk kereta
pertama, kedua, pelekat motorsikal dan pas pelawat oleh pihak
sekuriti.
2.2
Penukaran pelekat bergantung kepada keperluan dan keputusan
mesyuarat penduduk.
2.3
Kenderaan yang tidak mempunyai pelekat TIDAK dibenarkan masuk.
Sila dapatkan pas pelawat daripada sekuriti.
2.4
Pelekat pertama hanya untuk pemilik kenderaan yang mempunyai petak
parkir bernombor.
- Petak parkir pelawat(visitor) hanya untuk pemilik pelekat kedua. Jika petak parkir tidak mencukupi pemilik kenderaan hendaklah meletak kenderaan di luar kawasan apartmen.
3.0
Kawasan larangan meletak
kenderaan.
3.1
Di hadapan jalan keluar masuk bangunan. Hanya kenderaan untuk
tujuan tertentu sahaja yang boleh menggunakan kawasan ini seperti
lori untuk tujuan pindah-masuk, kecemasan dan sebagainya.
3.2
Berdekatan dengan Pili Bomba.
3.3
Motorsikal dilarang parkir dalam bangunan.
4.0
Mengunci tayar.
4.1
Untuk kesalahan pertama surat amaran akan dikeluarkan oleh
sekuriti.
4.2
Sekuriti boleh mengunci tayar bagi kenderaan yang telah melanggar
peraturan meletak kenderaan dan denda sebanyak RM 50 boleh dikenakan
untuk kereta dan RM10 untuk motorsikal.. Wang denda tersebut
hendaklah diserahkan kepada persatuan.
5.0
Tugas harian sekuriti
5.1
Memastikan palang sentiasa di tutup dan memastikan rekod
keluar-masuk kenderaan.
5.2
Membuat rondaan setiap berkala.
6.0
Masalah sosial dan menggangu kerharmonian.
6.1
Pihak sekuriti boleh mengunakan budi bicara dan perlu menghubungi
persatuan penduduk jika terdapat masalah sosial di Apartment
ini.
6.2
Antara masalah sosial yang perlu diawasi seperti berkhalwat, membuat
bising dan sebagainya.
7.0
Notis
penamatan perkhidmatan
7.1
Notis bagi pihak sekuriti hendaklah dibuat sebulan (1) sebelum
perkhidmatan dihentikan.
8.0
Gantirugi kehilangan.
8.1
Pihak sekuriti hendaklah bertanggungjawap ke atas segala
kehilangan hartabenda ke atas unit kediaman yang telah membayar
khidmat sekuriti.
Subscribe to:
Posts (Atom)